CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4764|Reply: 4

Duit kerap hilang! Wanita syak anak asuhan mencuri, nak tegur tapi suka melawan

[Copy link]
Post time 7-1-2025 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Menerusi satu perkongsian seorang individu di media sosial, dia memaklumkan ibunya mengasuh dua kanak-kanak yang sudah bersekolah, masing-masing berusia tujuh dan 10 tahun.

"Anak yang dijaga dah besar, darjah satu dan darjah empat. Mak ambil (tugasan mengasuh) budak-budak ni balik dari sekolah je. Pukul 6 pagi, mak mereka ambil dari rumah mak saya.

"Tapi kebelakangan ni duit mak saya selalu hilang. Kadang RM10, kadang RM5," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.



Namun katanya, insiden kecurian di rumah ibunya tidak terhenti setakat itu apabila terbaharu, jumlah wang yang lebih besar pula dicuri.

"Kali ini lebih RM100 hilang. Duit tu mak saya menabung supaya kalau nak beli beras atau barang dapur tak cukup duit, akan guna duit tu.

"Bukan nak tuduh budak-budak tu tapi dah banyak kali dah hilang. Saya suruh mak beritahu ibu bapa budak-budak tu, tapi mak risau mereka tak percaya," ujarnya.

Apa lebih membimbangkan selain kejadian curi yang sudah berulang kali berlaku, kanak-kanak yang dijaga ibunya itu juga bersikap agresif.

"Kalau mak marah budak-budak ni, mereka melawan. Bukan apa, saya kasihan dekat mak sebab dia tak ada duitmnak beli ikan pun kais-kais duit, apatah lagi nak beli CCTV.

"Itu je duit yang dia ada. Dia baru chat dengan saya malam tadi nak beli ikan sebab dah lama tak makan ikan. Tiba-tiba hari ni duit dia hilang.

"Jadi, patut ke mak saya beritahu ibu bapa budak-budak ni dan minta ganti balik. Saya nak gantikan pun saya sengkek," katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib malang ibunya kerana punca pendapatan terjejas angkara perbuatan tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, ada yang menyarankan ibunya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi merakamkan sebarang aktiviti serta mengenal pasti identiti si pencuri.

Wanita itu kemudian membalas, dia dan ibunya tidak mampu untuk membeli peranti berkenaan ketika ini.

"Mak nak beli ikan pun kais-kais duit, apatah lagi nak beli CCTV.

"Dah sorok, dah simpan semua dah. Tapi dia tahu juga kat mana nak cari. Budak ni akal dia panjang, yang dalam beg duit bapa saya pun mereka boleh curi.

"Tabung tu memang disorok, sedangkan saya sendiri pun tak tahu mak saya letak kat mana. Tapi budak tu dapat cari," jelasnya yang buntu menyelesaikan isu tersebut.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba letak ink dekat duit tu. Kalau sda kesan kat tangan budak tu confirm la mencurik. Pastu bawak g balai polis utk pengajaran. Kasi ingat n takut skit. Boleh je pakat ngn polis tu utk pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pyh bela anak org yg selupa setan.. cari bdk lain tak pun cari rezeki lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 08:35 AM | Show all posts
kalau dah tahu budak tu, ko stop jelar asuh budak tu

amik budak lain pulak, apa ni tak paham la aku
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 10:41 AM | Show all posts
Baca surah yasin ayat 9 ...
Satu ayat pelindung yg sgt baik ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.062583 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list