CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8320|Reply: 0

Bangladesh keluarkan waran tangkap terhadap bekas PM Hasina

[Copy link]
Post time 7-1-2025 07:44 AM | Show all posts |Read mode

Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina. - Foto AGENSI

DHAKA: Sebuah tribunal khas di ibu negara Bangladesh, Dhaka, mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina dan 11 individu lain berkaitan insiden kehilangan paksa, lapor Xinhua.

Tribunal Jenayah Antarabangsa dua anggota, yang dipengerusikan Hakim Md Golam Mortuza Majumdar mengeluarkan waran itu pada Isnin di Dhaka.

Bekas Penasihat Pertahanan Hasina, Mejar Jeneral (B) Tarique Ahmed Siddique, dan bekas Ketua Polis Bangladesh Benazir Ahmed, turut disenaraikan sebagai suspek.

Ketua Pendakwa Raya Tajul Islam memaklumkan kepada wartawan bahawa pihaknya memohon waran tangkap untuk keseluruhan 12 individu yang terbabit dalam kes kehilangan paksa itu.

"Antara mereka, Mejar Jeneral Ziaul Ahsan yang telah dipecat, diarahkan untuk dihadapkan ke muka pengadilan kerana beliau sedang berada dalam tahanan. Waran telah dikeluarkan terhadap 11 lagi individu," katanya.

Menurut pendakwa raya, perbicaraan seterusnya dalam kes itu dijadualkan pada 12 Feb.

Media tempatan melaporkan bahawa Hasina melarikan diri ke India pada 5 Ogos 2024 selepas kerajaannya tumbang.

Kementerian Luar Bangladesh menghantar satu nota diplomatik kepada New Delhi bulan lepas, meminta Hasina dikembalikan ke Dhaka dari India.

Kementerian Hal Ehwal Luar India kemudian mengesahkan bahawa mereka telah menerima permintaan ekstradisi bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan itu dari Dhaka.
Januari 7, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.077892 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list