CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8081|Reply: 0

Bapa tiri bengang dilabel 'orang luar', anak tiri bawah umur galak 'belanja' BF foto tak senonoh

[Copy link]
Post time 6-1-2025 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Stigma masyarakat memandang mereka yang menyandang gelaran ibu atau bapa tiri sebagai individu yang berperwatakan negatif cukup menebal walaupun hakikatnya tidak semua mempunyai sifat sedemikian.

Ramai ibu atau bapa tiri yang benar-benar menyayangi dan menjaga anak-anak tiri mereka dengan penuh kasih sayang umpama darah daging sendiri, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang individu ini.

Dalam satu muat naik di media sosial, lelaki itu berkongsi cabaran mendidik anak tirinya yang sedang meningkat remaja dan terjebak dengan perkara tidak bermoral.



"Saya ada anak tiri perempuan yang sekarang umurnya 15 tahun. Saya senyap-senyap check phone dia dan di gallery photo.

"Ada banyak gambar-gambar dia yang tak censored dan dia sent pada boyfriend dia yang berumur 16 tahun.

"Dulu saya dah tegur jangan buat lagi tapi kali ni dia buat lagi jauh," luahnya.

Individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu menambah, selain gambar yang agak keterlaluan, anak tirinya itu juga memburuk-burukkan dirinya kepada teman lelaki menerusi perbualan mereka.

"Saya tengok chat-chat dia dengan boyfriend dia. Anak tiri saya (beritahu) serabut dengan saya, dan dia kata dekat boyfriend dia yang dia tu tanggungan abang-abang dia... bukannya tanggungan saya.

"Dan pada dia, saya tak berhak nak pantau dia. Abang-abangnya pun entahlah. Perangai pun lebih kurang dia. Mereka pernah curi-curi berjumpa. Dan saya harap mereka tak buat benda-benda yang tak elok," kongsinya.

Ujarnya, dia serba salah untuk memberitahu isterinya mengenai perkara tersebut kerana wanita itu sedang sakit dan bimbang berita berkenaan akan menjejaskan lagi kesihatannya.

"Apakah yang patut saya buat daripada sudut perundangan, sebelum dia dan teman lelakinya tersasar lebih jauh?" tulisnya meminta pandangan warga maya.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut merasai dilema yang dihadapi individu berkenaan dan mereka tampil berkongsi pelbagai cadangan sebagai solusi kepada masalah yang dilaluinya.

"Minta ibunya dapatkan perintah mahkamah untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) take over kes ni atas sebab anak dah tak boleh dikawal. Atau pun hantar ke rumah pemulihan akhlak.

"Akta kanak-kanak berkenaan jenayah seksual amat berat. Boleh buat laporan kepada JKM.

"Jumpa terus boyfriend anak tu. Jumpa family dia, ugut terus. Kalau buat lagi, jalan report terus. Cegah sekarang, daripada menyesal di kemudian hari," komen netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.517119 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list