CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32216|Reply: 0

'Tiktoker' Algeria didakwa di Perancis

[Copy link]
Post time 5-1-2025 08:50 PM | Show all posts |Read mode

TIKTOKER yang dikenali sebagai Zazou Youssef. FOTO Agensi

Paris: Pempengaruh dalam talian dari Algeria akan dibicarakan di Perancis bulan depan atas tuduhan menghasut keganasan di TikTok.

Pendakwa raya Camille Miansoni dalam satu kenyataan memaklumkan suspek berusia 25 tahun itu direman pada Jumaat lalu di bandar barat Brest.

Lelaki itu yang dikenal pasti oleh pegawai hanya sebagai Youcef A tetapi dikenali di media sosial sebagai Zazou Youssef, akan dibicarakan di sana pada 24 Februari atas tuduhan menyokong secara terbuka satu tindakan keganasan, katanya.

Dia berdepan hukuman penjara tujuh tahun dan denda 100,000 euro (kira-kira RM463,780) jika sabit kesalahan.

Yousseff muncul dalam video yang disiarkan di platform popular TikTok pada 31 Disember, menyeru serangan di Perancis dan keganasan di Algeria.

Ketua Polis di wilayah Finistere barat Perancis, Alain Espinasse, memberitahu AFP dia sudah mengarahkan siasatan selepas pegawai memberitahunya mengenai video itu.

Beliau berkata, suspek tinggal di Perancis dengan permit pemastautin sementara dan sudah mengemukakan rayuan terhadap hukuman terhadap kesalahan terdahulu kerana vandalisme semasa rusuhan pada 2023.

Menteri Dalam Negeri Perancis Bruno Retailleau menerusi X berkata, Yousseff mesti menjawab tindakannya di mahkamah.

TikTok memberitahu AFP akaun dari mana video itu disiarkan, sudah diharamkan, kerana menyiarkan beberapa video yang melanggar peraturan mengenai ucapan kebencian.



Disiarkan pada: Januari 5, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.038086 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list