CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9919|Reply: 0

Bertih jagung alternatif bahan pembungkusan

[Copy link]
Post time 2-1-2025 03:18 PM | Show all posts |Read mode

BERTIH jagung atau popcorn sebagai alternatif bahan pembungkusan yang boleh dimakan, menggantikan bahan tradisional seperti polisterina serta kadbod. FOTO Agensi

Tokyo: Sebuah syarikat Jepun mencetuskan idea inovatif dan kreatif dengan menjadikan bertih jagung atau popcorn sebagai alternatif bahan pembungkusan yang boleh dimakan, menggantikan bahan tradisional seperti polisterina serta kadbod.

Oddity Central melaporkan Azechi Foods, pengeluar popcorn dan pemborong makanan istimewa di Kochi City, kini terkenal kerana menggunakan popcorn bukan hanya sebagai snek, tetapi juga bahan pelindung dalam pembungkusan.

Pengurus syarikat itu, Shihoko Wada, mendapat inspirasi selepas menghadiri seminar pengurusan, di mana seorang juruteknik membaiki komputer riba menggunakan snek jagung berbentuk silinder sebagai bahan pelindung.

"Saya terfikir, jika snek jagung boleh digunakan sebagai bahan pembungkusan, popcorn yang kami hasilkan juga boleh digunakan," kata Wada kepada Gendai Magazine.

Wada menjelaskan bahawa idea itu bukan hanya mesra alam kerana popcorn boleh dimakan selepas digunakan, tetapi juga menawarkan kejutan kepada pelanggan, sekali gus meningkatkan imej syarikat.

Popcorn itu dibungkus dalam beg plastik lut sinar dengan tulisan 'tidak boleh dimakan' yang diubah suai dengan perkataan 'tidak' dipangkah, untuk menonjolkan keunikan produk itu.

Konsep ini mendapat sambutan hangat, apabila pelanggan berkongsi gambar beg popcorn itu di media sosial, menjadikannya tular di Jepun.

Azechi Foods kemudian memfailkan pendaftaran tanda dagangan dan mula menerima tempahan daripada pelbagai perniagaan seperti penjual permainan video terpakai, kedai buah-buahan, dan penjual wain.

Idea unik ini turut mendapat perhatian stesen televisyen nasional, yang membantu meningkatkan lagi populariti produk itu.

Walaupun kos popcorn ini lebih tinggi daripada bahan pembungkusan tradisional, ia memberikan kelebihan besar kerana boleh dimakan dan mengurangkan pembaziran, tidak seperti polisterina atau bahan lain yang sering dibuang selepas satu penggunaan.

Azechi Foods kini menawarkan popcorn pembungkusan dalam dua saiz iaitu 40 gram (g) dan 13 g, tetapi bercadang memperkenalkan saiz lain dan rekaan pembungkusan baharu untuk menarik minat pelanggan.


Disiarkan pada: Januari 2, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.044361 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list