CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7415|Reply: 0

Apa yang kita tahu setakat ini mengenai serangan di New Orleans?

[Copy link]
Post time 2-1-2025 12:14 PM | Show all posts |Read mode

KENDERAAN penguat kuasa undang-undang berhampiran lokasi kejadian. FOTO Reuters

Washington: Amerika Syarikat (AS) menyaksikan bermulanya tahun 2025 dengan serangan ganas, selepas seorang lelaki memandu dengan sengaja pada kelajuan tinggi ke arah sekumpulan orang ramai yang bergembira menyambut Tahun Baharu di New Orleans, membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi.

Inilah yang kita tahu setakat ini:

Seorang warga AS memandu trak pikap Ford berwarna putih mengibarkan bendera Daesh ke arah sekumpulan orang ramai yang menyambut Tahun Baharu di French Quarter, daerah pelancongan paling ikonik di bandar Louisiana, pada 3.15 pagi Rabu, menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Suspek merempuh mangsa dan kemudian keluar dari kenderaan sebelum melepaskan tembakan, akhirnya dia mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis. Suspek dikatakan memandu laju dengan tujuan untuk membunuh orang seramai mungkin.

Pihak berkuasa sebelum ini meletakkan jumlah korban pada angka 10, tetapi jurucakap FBI memberitahu AFP, ia meningkat kepada 15 mangsa, memetik pejabat koroner New Orleans.

Penyerang menembak dan mencederakan dua pegawai polis, kata Superintendan Polis New Orleans, Anne Kirkpatrick.

Ada andaian mengenai kejadian namun ia masih kabur, tetapi FBI berkata, ia sedang menyiasat serangan itu sebagai kemungkinan tindakan pengganas.

Presiden Joe Biden berkata, suspek berkongsi video dalam talian yang menunjukkan 'diilhamkan oleh Daesh' menggunakan nama lain untuk kumpulan bersenjata Daesh.

Pegawai penyiasat berkata, trak pikap itu mengibarkan bendera hitam kumpulan Daesh dan mereka turut menemukan dua alat letupan buatan sendiri.

FBI menamakan suspek sebagai Shamsud-Din Jabbar, 42, seorang veteran Tentera AS dan FBI mengesahkan lelaki itu diberhentikan secara terhormat.

Shamsud-Din berkhidmat lebih 10 tahun dalam tentera sebagai pakar sumber manusia dan pakar teknologi maklumat (IT), menurut Pentagon, yang mengatakan Shamsud-Din ditempatkan ke Afghanistan dari 2009 hingga 2010.

Shamsud-Din memegang ijazah dalam pengkomputeran dari Universiti Negeri Georgia dan tinggal di Houston, Texas, tempat dia bekerja sebagai ejen hartanah.

FBI berkata, pihaknya percaya suspek mungkin mempunyai rakan sejenayah, dengan memberikan beberapa butiran tambahan.

Rempuhan kereta berlaku di tengah-tengah French Quarter, sebuah daerah bersejarah yang terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dengan banyak bar, restoran dan pusat hiburan jazz.

French Quarter dan New Orleans secara amnya terkenal dengan pesta jalanan dikenali sebagai Mardi Gras.

Bandar ini juga menjadi tuan rumah kepada puluhan ribu orang yang datang untuk melihat perlawanan bola sepak kolej dipanggil Sugar Bowl, yang kini ditangguhkan selama 24 jam.

New Orleans juga dijadualkan menjadi tuan rumah kepada kejohanan Super Bowl pada 9 Februari ini.


Disiarkan pada: Januari 2, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.132608 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list