Aku nak cerita pasal Pendamping Leluhur atau Khodam Leluhur berdasar mimpi dan peristiwa2 aneh yang aku alami.
Aku tak tahu lah benda ni saka atau apa.
Tapi aku tak pernah menjamu atau bagi sesajen.
Aku perasan bila aku solat, baca Al Quran dan zikir....pendamping aku tu makin kuat, terasa wujud dan aku rasa selamat..walaupun aku tinggal seorang2 di rumah pusaka datuk ku.
Aku perasan bila hati aku bening dan baik pada seseorang, bila orang tu buat aku tersentap, dia terus dapat demam luar biasa.
Ada beberapa peristiwa lain juga.
Aku tak tahu la di kalangan forummer yang pernah bergaduh dengan aku ada terkena kesyialan ni ke tak.
Author|Post time 2-1-2025 12:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 2-1-2025 12:13 AM
Aku dibesarkan sehingga umur 10 tahun di Sentul, Kuala Lumpur
Kemudian bapa ku pindah kerja dan kami menetap di kuaters kerajaan di sebuah daerah kelahiran bapa ku di negeri Selangor.
Selepas aku hampir tamat pengajian ijazah di UiTM dalam bidang Perladangan (Plantation Management). Bapaku telah pencen dan berpindah di kampung dalam daerah yang sama.
Arwah bapaku meruntuhkan Rumah Selang dan menggantikan kepada rumah batu lantai bawah. Dan Rumah Ibu berbumbung Limas masih dibiarkan utuh berdiri.
Semasa berpindah keluargaku sibuk membahaskan tentang saka, bapaku kata, orang berebut mahukan pusaka tapi tidak mahu mengambil saka.
Tapi aku percaya bapa aku bukan yang dipilih oleh Pendamping Leluhur..tetapi telah melangkau bapaku, dan dia tahu tentang perwarisan itu.
Pada suatu petang, aku tidur di Rumah Selang yang ditukar oleh bapaku menjadi batu (renovation)
Kejadiannya waktu petang yang terang bederang bukan waktu malam.
Tangga dan lantai Slab untuk naik ke Rumah Ibu masih belum dipasang handrail.
Author|Post time 2-1-2025 12:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 2-1-2025 01:12 AM
Aku dari kecil sangat berminat dengan taman berbau wangi, masa umur 19 tahun aku ke perpustakaan Tun Razak UiTM mencari tentang ilmu kejawen walaupun hanya sebelah datuk ibuku berketurunan Jawa....membaca tentang Ronggowarsito.
Aku pernah membayangkan diri aku mengaji dan betapa dalam hutan.
Tapi aku hilang arah untuk mencari guru/pembimbing.
Aku pernah nampak satu mata air di tepi laut dalam Facebook. Jiwa aku meronta untuk ke tempat tu, tapi perlu meredah hutan, cara paling mudah guna kayak.
Lagi satu gua di dalam air terjun, lokasi di Gunung Jerai. Jiwa aku meronta nak ke situ, tapi belum sampai. Aku sering bayangkan kawasan tu dari umur 23 tahun. Aku lihat lokasinya sama dengan air terjun di Gunung Jerai di TikTok cuma alirannya lebih deras.
Author|Post time 2-1-2025 12:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 2-1-2025 01:17 AM
Baru2 ni aku buat puasa Weton dan cuba untuk puasa Apit Weton, Mandi Keramas dan Cuci Muka dengan beberapa ayat...aku rasa jiwa aku lebih tenang.
Hizib Nawawi, Surah Yassin dan Hizib Izzah buat aku lebih tenang dan yakin diri bahawa aku bukan seorang dalam menempuh ujian hidup ini. Untuk meneruskan perjuangan leluhur. Walapun ramai musuh (orang2 yang berpura-pura)
Post time 2-1-2025 09:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 2-1-2025 09:23 PM
Ai dah agak hang ada saka ka pendamping ka, sbb taksub perkara2 purba merentas zaman, perkara2 aneh2 yg org moden xde kisah, jika jasad dikuasai pendamping agak2 dia bawak jalan2 terbang pergi sana sini
Author|Post time 2-1-2025 10:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 2-1-2025 10:32 PM
ninja boy replied at 2-1-2025 09:20 PM
Ai dah agak hang ada saka ka pendamping ka, sbb taksub perkara2 purba merentas zaman, perkara2 aneh2 ...
Ye, kalau orang buat jahat kat aku, aku boleh dapat mimpi...aku biasa mimpi sekitar kampung aku (tempat aku tinggal)
Rumah kampung dah lama tinggal pun aku boleh nampak rumah tu cantik...siap ada pekan dan ada persiapan karnival belakang rumah tu.
Biasa mimpi2 tu bagi arahan contoh mimpi buat pagar tapi pagar tu renggang2. Mimpi asap putih tinggi dari jauh (arah kawasan pekan cowboy dekat kg aku). Mimpi aku dengan anak2 imam kampung ni kat tepi sungai.
Mimpi tulisan rumi bertulis "Surah Al Jumuah Ayat 11" sebab aku tinggal solat jumaat.
Ada trainee aku pernah khianat aku , aku dah dapat hidu bau kapur barus kat badan dia. Trainee aku tu mati 3 bulan selepas aku resign dan balik Semenanjung. Aku tahu dia mati selepas setahun, time call ex staff aku di Sarawak.
Post time 9-1-2025 11:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Salam empunya thread ????. Aku ada mood nak respon pengalaman brada berdasarkan teori sahaja... bolehkan.
Saya berteori brada ni ada penjaga dari mungkin warisan moyang. Kita teorikan saja moyang brada ni ada keistimewaan yg menarik si ghaib utk berhubungan dan moyang brada memang tahu caranya yakni insyaallah tiada amalan salah atau syirik terjadi. Andaian saya ialah si ghaib telah melafaz persetiaan dgn moyang brada utk menjadi defender ahli keluarga mpyang brada. Tetapi cara nak jadi defender tu tak diperincikan segala bentuk kejadian yg perlu defender berperanan. Maka defender pun mewariskan persetiaan tersebut juga kepada waris2nya atau anakcucunya. Defender yg mewarisi dan waris moyang saya berteori tiada komunikasi maka MOU yg lama tak diperbaharui dan diterangkan situasi yg bagaimana boleh defender berperanan. Yg brada alam8 sekarang ialah defender brada dah buat Auto-Attack tanpa izin brada dan defender tu rasa tak perlu izin brada. Jika brada dpt laluan utk berhubung dgn defender itu sebaiknya brada nyatakan do and dont kira customise cara defender respon ikut personal preferences brada. Mana2 moyang kita yg dikata berpendamping, sebaiknya jgn tuduh jahat atau syirik dulu sebab kita tak tau ilmu apa dia ada dan apa kejadian yg jadi asbab si ghaib dtg merapat.
Sekian saja teori saya tentang masalah brada. Terimalah apa yg telah terjadi dan brada pun ada pendapat mengenainya. Sebaiknya hubungan itu diharmonikan sesuai dgn pegangan kita mungkin izin Allah SWT gangguan atau respon yg tak diingini akan menjadi sifar. Wallahu'alam.
Author|Post time 10-1-2025 10:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 10-1-2025 11:05 AM
AwgSagi replied at 9-1-2025 11:25 PM
Salam empunya thread ????. Aku ada mood nak respon pengalaman brada berdasarkan teori sahaja... bole ...
Terima kasih atas respon dan penerangan.
Aku dulu tak perasan sangat cuma 15 tahun dulu Trainee Asst Manager Ladang (Kadet) meninggal dunia jatuh bilik air lepas dia tikam belakang aku.
Aku perasan makin ketara selepas aku kehilangan lembu, dicuri, aku jumpa balik lembu tu, tapi orang terlibat tu ada yang eksiden, anak dia eksiden motorsikal yang sama dia beli selepas lembu aku hilang. Kemudian pencuri yang tarik lembu2 dan potong tali tambat tu tangan dia bengkak (katanya kena cakar kucing) pergi hospital 3 kali tak baik2.
Aku tak tahu la nasib orang yang pernah menipu aku, mostly hilang...
Aku anggap benda ni mungkin sebahagian dari proses.
Author|Post time 10-1-2025 11:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 10-1-2025 11:36 AM
AwgSagi replied at 9-1-2025 11:25 PM
Salam empunya thread ????. Aku ada mood nak respon pengalaman brada berdasarkan teori sahaja... bole ...
Aku jumpa seorang bomoh Batak.
Dia bagitahu pendamping itu dari keturunan sebelah datuk sebelah bapa....pendamping dari Raja2 berkait dengan Leluhur sebelah Bugis...mungkin dari zaman Kerajaan Johor atau dari Tanah Bugis. "Pendamping kamu sangat baik, sangat tinggi belas kasihan, tetapi kalau orang khianati belas kasihan dan kebaikanmu, orang itu akan hancur berkeping-keping".
Dia cakap setiap 2 minggu pada hari jumaat buatkan nasi kuning, kopi secawan, air kosong atas kain kuning di atas meja dlm satu ruang khusus, dan letak kan badik2 Bugis aku atas meja dan kain kuning tu juga. Sebagai tanda aku hormati lelehur aku.
Aku memang collect Badik2 Bugis so sekarang aku baru faham kenapa aku simpan buku sejarah leluhur aku dan badik2 Bugis sebelum2 ni.
Author|Post time 10-1-2025 11:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 10-1-2025 11:50 AM
AwgSagi replied at 9-1-2025 11:25 PM
Salam empunya thread ????. Aku ada mood nak respon pengalaman brada berdasarkan teori sahaja... bole ...
Ni soalan yang aku ajukan pada Dukun Batak yang aku panggil Nenek. Agama nenek ni Kristian.
Aku : Adakah pendamping saya mempunyai keris ghaib?
Nenek : Ye, pendamping kam mempunyai keris ghaib. Pendamping kam dari pendamping Raja2.
Aku: Apakah cara saya menghargai pendamping dan leluhur saya?
Nenek: Lakukan Solat Tahajjud bangun 1/3 malam. Sedekahkan Al Fatihah dan Yasin untuk leluhur kam. Buat kenduri Pulut Kuning. Buatkan satu meja khusus untuk leluhur kam. Keluarga kam ada keris pusaka.
Aku: Sudah tiada, Datuk saudara saya sudah ambil, tidak boleh menjaga dan hantar ke Muzium Negeri Selangor.
Nenek: Itu perbuatan yang sangat tidak menghormati leluhur kamu. Kam gantikan dengan badik2 kam letakkan atas meja itu nanti
Aku: Masih ada lagi kah keris pusaka di rumah pusaka yang saya tinggal, atau tertanam.
Nenek: Sudah tiada...gantikan saja.
Aku: Perlukah aku semedi?
Nenek: Untuk apa kau semedi, apa kau semedi semedi, semedi itu untuk orang yang ambil keilmuan. Bisa gila kam kalau tidak cukup mengenal diri dan Tuhan (nada suara nenek tinggi dan sangat marah sambil menyentil)
Aku: Perlukah saya puasa pada Weton Kelahiran.
Nenek: Sangat bagus, sangat sangat bagus, dan digalakkan sebagai tanda syukur kepada Tuhan. Tetapi jangan kam puasa ngidang atau semedi kerana itu untuk mencari pendamping kalau tidak cukup ilmu kam mengenal diri dan Tuhan, kam akan gila
Nenek : Ngat (berkata pada suami orang yang didamping nenek iaitu suami dukun) apa mendamping dia itu sama dengan Ilmu Makrifat kam ngat. Sama leluhur dengan kam dari Bugis. Bimbing dia ngat.
Nenek: Nabi Sulaiman itu sangat baik orang nya, selalulah kam mengingatinya. Bacalah doanya(Nenek kelihatan sangat sedih dan tunduk)
Nenek: Makrifat orang Jawa itu bagus, puasa weton dan puasa orang Jawa itu bagus.
Author|Post time 10-1-2025 05:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
AwgSagi replied at 9-1-2025 11:25 PM
Salam empunya thread ????. Aku ada mood nak respon pengalaman brada berdasarkan teori sahaja... bole ...
Yang ikut aku ni macam ada dlm hati, dia boleh tahu hormon aku yg keluar, aku tengah marah atau takut dia boleh tahu....apa yang aku bisik dlm hati dia boleh tahu terutama yang berkaitan dgn orang keliling.
Cara dia bercakap dgn aku samada melalui bisikan dlm hati waktu sedar atau melalui mimpi waktu tidur.
Samada aku sabar atau tidak dia akan buat kerja dia. Cuma yang aku kena buat kena banyak sabar, kalau tak akan babitkan banyak mangsa sebab sifat marah ni mcm api yang merebak dan marak. Jadi aku kena banyak sabar..tapi dia tetap akan balas.
Cara dia bekerja pun sgt halus, aku rasa dukun dan bomoh pun tak boleh nak detect sebab kerja dia ikut jalur Tuhan.