CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24004|Reply: 7

[Tempatan] Iswardy Morni didapati salah hina YDP Agong melalui Facebook

[Copy link]
Post time 30-12-2024 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Iswardy Morni didapati salah hina YDP Agong melalui Facebook

https://www.bharian.com.my/berit ... ng-melalui-facebook

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali - Disember 30, 2024 @ 5:09pm
[email protected]


Iswardy Morni didapati mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Agong tiga tahun lalu. - Foto ihsan FB

KUALA LUMPUR: Aktivis Iswardy Morni didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong melalui Facebook tiga tahun lalu.

Hakim Datuk M M Edwin Paramjothy memutuskan Iswardy bersalah terhadap tuduhan itu selepas mendapati tertuduh gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Paramjothy bagaimanapun menangguhkan kepada 23 Januari ini untuk mendengar hujahan pendakwaan dan pembelaan berhubung mitigasi (rayuan bagi diringankan hukuman) dan hukuman.

Pada 1 Jun 2021, Iswardy didakwa mengeluarkan kenyataan melalui Facebook dengan nama Iswardy Morni Official, dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, di sini pada jam 3 petang, 29 Mei 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 4 Oktober lalu, mahkamah memerintahkan Iswardy membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Prosiding hari ini dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim, manakala tertuduh diwakili peguam Faizal Rahman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada muka. Kurang ajar dengan agong. Duk menganjing agong mcm agong tu ahli politik. Kau kutuk lawan politik kau cukup la. Jangan libatkan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 31-12-2024 04:24 PM

Org kuat Bangnon nih..nmpak sgt pmx tak campur tangan pun dlm mana2 kputusan kes mahkamah.


Abahcow is nexttt...first ex pm yg bakal masuk lokap sbb hina Agong
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde bala carik bala,cuba nak  mengutik sapa sapa,kutuk dalam hati je,dah Tau rakyat marhein lagi nak carik pasal,baik baik boleh sedap makan nasi kat rumah dah kena naik turum mahkamah macam takde anak nak kena kasi makan
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 07:31 PM | Show all posts
jasmeen replied at 31-12-2024 04:54 PM
Takde bala carik bala,cuba nak  mengutik sapa sapa,kutuk dalam hati je,dah Tau rakyat marhein lagi n ...

Dia tak cari bala, cuma dia mmg petik nama agong minta agong buat sesuatu masa abahkau dok kurung kita tahun demi tahun dengan PKP. Selepas kes dia viral tu agong titahkan buka parlimen. I rasa orang PH takkan takut utk menerima hukuman. Bukan macam lobai, Najib, Daim dan abahkau punyalah takut masuk penjara sanggup buat apa saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 31-12-2024 04:19 PM
Org kuat Bangnon nih..nmpak sgt pmx tak campur tangan pun dlm mana2 kputusan kes mahkamah.



org kuat anwar bukan zahid ke?

dia ni level picisan mcm walanon2 porem cari
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_Strawberry replied at 31-12-2024 07:31 PM
Dia tak cari bala, cuma dia mmg petik nama agong minta agong buat sesuatu masa abahkau dok kurung  ...

pebende ko ni... da mcm menggelupur pulak petik nama org2 lain tak tentu hala

pasal daim tu.. aku rasa dlm porem ni aku yg sungguh2 mintak teruskan kes daim.. tapi ada pulak dlm porem ni yg tak nak teruskan kes daim atas alasan daim dah kiok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.541115 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list