Tangkap layar daripada rakaman video menunjukkan pesawat terbakar dalam nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, hari ini. - Lee Geun-young/via REUTERS
SEOUL: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan memaklumkan, unit penyiasatnya berjaya memperoleh kedua-dua kotak hitam dari pesawat yang terhempas sehingga menyebabkan sekurang-kurang 167 maut, hari ini, lapor Xinhua.
Seorang pegawai Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan pada sidang media yang disiarkan secara langsung, berkata perakam data penerbangan serta perakam suara telah diperoleh untuk membantu siasatan punca sebenar kemalangan itu.
Pesawat itu membawa seramai 175 penumpang membabitkan 173 rakyat Korea Selatan dan dua warga Thailand, serta enam kru.
Ia terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan yang terletak kira-kira 290 kilometer barat daya Seoul sekitar jam 9.07 pagi tadi waktu tempatan. – BERNAMA-XINHUA
|