View: 33529|Reply: 9
|
[Dunia]
Harga telur melambung tinggi di Amerika Syarikat
[Copy link]
|
|
Harga telur melambung tinggi di Amerika Syarikat
https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... i-amerika-syarikat/
Oleh KOSMO
23 Disember 2024, 5:30 pm

Gambar hiasan. - iStock
WASHINGTON – Harga telur di Amerika Syarikat (AS) melonjak pada tahap tertinggi tahun ini berikutan penularan wabak selesema burung (H5N1) yang semakin meluas dan peningkatan permintaan semasa musim cuti, lapor portal berita Social News XYZ semalam.
Data Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mendedahkan bahawa harga borong telur saiz besar mencecah AS$4.07 (RM18) untuk satu dozen pada Jumaat lepas, melonjak berbanding AS$1.1 (RM5) sedozen awal tahun ini.
Kenaikan harga itu didorong oleh impak virus H5N1 yang sangat patogenik terhadap populasi ayam.
Kenaikan harga itu juga sangat ketara di pasaran pesisir seperti California dan New York yang mencatatkan peningkatan harga paling signifikan.
“Industri mengalami kerugian besar dalam populasi ayam telur, membabitkan kira-kira 36.8 juta ekor ayam (terpaksa dihapuskan) di 12 negeri sepanjang 2024 akibat wabak H5N1,” tambah USDA.
Sebanyak 38 peratus daripada jumlah kerugian berlaku sejak 1 November lalu, manakala 28 peratus pada Disember 2024 ketika permintaan tahunan tertinggi untuk telur.
Permintaan telur secara tradisinya memuncak sempena musim cuti Krismas dan tahun baharu apabila aktiviti memasak meningkat.
“Permintaan bertambah tinggi ketika pengguna menyediakan persiapan sempena Krismas sekali gus memberi tekanan pada rantaian bekalan yang sudah tegang,” tambahnya. – AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lepasni kau berparti bergurau la lagi baling2 telur..padan muka harga telur melambung
|
|
|
|
|
|
|
|
takleh nk buat eggnog la klu mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
sib baik PAS/PN tak de kat sana, kalau tak habis dia bawa hal ni ke senate sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Deme byk guna telur utk perayaan xmas ka? |
|
|
|
|
|
|
|
baru 4.07 dah bising
sini lebih 6 ke 7 ringgit
bukan sedozen ye, sepuluh bijik lagi
ni compare dr segi kuasa beli
bukan nilai mata wang
harap mak long2 pak long2 pehey
|
|
|
|
|
|
|
|
Yoonggi replied at 24-12-2024 10:04 AM
takleh nk buat eggnog la klu mcm tu
Tak dapat nak buat pickled egg dengan rootbit
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 24-12-2024 10:16 AM
Deme byk guna telur utk perayaan xmas ka?
Terkentut sampai tahun baru..merecun ori. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 24-12-2024 01:24 PM
Terkentut sampai tahun baru..merecun ori.
Mana la kentut byk tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|