CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21121|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Inilah dikatakan naluri ibu, syukur Allah makbulkan doa kami'

[Copy link]
Post time 22-12-2024 03:54 PM | Show all posts |Read mode
'Inilah dikatakan naluri ibu, syukur Allah makbulkan doa kami'

BERNAMA





ISMAIL dan isterinya Hanita Ismail ,47, menunjukkan gambar anak mereka Ikmal Hakimi. FOTO Bernama




Balik Pulau: Keluarga dua nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang dekat sini, bersyukur kerana kedua-dua mangsa itu ditemukan selamat di perairan Acheh, Indonesia hari ini.

Ismail Ibrahim, 51, bapa kepada Muhammad Ikmal Hakimi berkata dia dihubungi pihak polis kira-kira 10 pagi ini memaklumkan penemuan anaknya dan rakan di perairan Acheh dalam keadaan selamat.

"Allahuakhbar, hanya itu saya dapat ungkapkan dan dalam masa sama saya melakukan sujud syukur kepada Allah apabila dapat berita mereka selamat dan kami dimaklumkan yang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam perjalanan untuk membawa mereka pulang ke negara ini.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, ibunya Hanita Ismail, 47, berkata dia yakin anak keempat daripada lima beradik itu masih hidup.

"Itulah dikatakan naluri seorang ibu, memang kami sangat bersyukur kepada Allah yang memakbulkan doa kami dan kita semua," katanya.

Mohamad Fitri Badiuzzaman, 38, bapa tiri kepada Nor Hasrul Abdullah juga berkata mereka sekeluarga bersyukur selepas dimaklumkan anaknya itu ditemukan selamat dan ketika ini tidak sabar menanti kepulangannya.

"Alhamdulillah, Allah dengar doa-doa kami agar dia ditemukan selamat... kalau tanya perasaan memang bersyukur dan gembira sangat.

"Ini hari paling gembira untuk kami," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Asisten Komisioner Sazalee Adam memaklumkan Muhammad Ikmal Hakimi, 22, dan Nor Hasrul, 25, yang dilaporkan hilang pada 16 Disember lalu ditemukan selamat di perairan Acheh, hari ini.

Sazalee Adam berkata, ketika ini APMM sedang berusaha untuk membawa pulang mereka di sempadan dan dijangka tiba di Jeti Batu Maung di sini, awal pagi esok.

Semalam, Sazalee memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua nelayan berkenaan dihentikan pada 5 petang selepas tiada sebarang petunjuk ditemukan untuk mengesan mereka.

Ia selepas pasukan keselamatan menjalankan operasi SAR selama lima hari meliputi kawasan seluas 4,802 batu nautika atau 8,884 kilometer persegi, namun gagal menemukan kedua-dua mangsa dan bot mereka.



Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 1:55pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/12/1168842/inilah-dikatakan-naluri-ibu-syukur-allah-makbulkan-doa-kami




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.175349 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list