CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27679|Reply: 0

[Sarawak] Kuching tuan rumah konsert kumpulan disko antarabangsa terkenal, Boney M

[Copy link]
Post time 17-12-2024 05:19 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim bersama Zaid (tiga kanan) dan yang lain menunjukkan poster dan baju-T untuk konsert Boney M yang dijadual berlangsung pada 4 Januari 2025. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Bandar raya Kuching bakal menjadi tuan rumah kepada konsert kumpulan disko antarabangsa terkenal, Boney M, yang dijadual berlangsung pada 4 Januari 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, konsert tersebut adalah sebahagian daripada siri jelajah ulang tahun ke-50 kumpulan legenda dari Jerman itu yang akan bermula di Sarawak sebelum diteruskan ke Jakarta, Kuala Lumpur dan Singapura.

“Penganjuran konsert ini adalah satu penghormatan besar kepada Sarawak kerana menjadi lokasi pertama dalam siri jelajah Boney M,” katanya pada sidang media yang diadakan di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Menurut Abdul Karim, pemilihan Kuching sebagai lokasi pertama  konsert itu bukan sahaja memberi peluang kepada peminat untuk menikmati lagu-lagu ikonik seperti Daddy Cool, Rivers of Babylon dan Rasputin.

Bahkan ujarnya, dapat membantu Sarawak mencapai sasaran lima juta pengunjung pada tahun depan sekali gus mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

“Konsert ini bukan sekadar hiburan tetapi juga memainkan peranan penting dalam membangunkan pelancongan dan meningkatkan daya tarikan Sarawak sebagai destinasi utama.

“Kita yakin ramai pengunjung, terutama peminat muzik era 70-an dan 80-an dari dalam dan luar negara, akan hadir ke acara ini, yang sekali gus memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi negeri,” kata beliau.

Dalam pada itu, Abdul Karim memaklumkan Sarawak telah menganjurkan 238 acara meliputi muzik, budaya, sukan dan makanan sepanjang tahun ini, menjadikan negeri ini sebagai destinasi yang aktif dan penuh dengan pelbagai aktiviti.

Sementara itu,  Pengarah Eksekutif Front Row Entertainment Sdn Bhd (Front Row) Zaid Zaini berkata, konsert Boney M adalah salah satu daripada tiga acara hiburan dalam program ‘Front Row Live Series 2025’ mereka.

“Kita menyasarkan seramai 4,000 pengunjung akan hadir ke konsert Boney M pada 4 Januari nanti.

“Setakat ini, 70 peratus tiket telah terjual, termasuk tiket kategori D yang habis sepenuhnya sejak jualan dibuka pada 16 Oktober lalu,” katanya.

Selain konsert Boney M, Front Row turut merancang menganjurkan acara Kuching International Comedy Fest 2025 (KICF) dan [url=mailtoive@Miri]Live@Miri[/url] Concert pada tahun depan.

Orang ramai yang ingin membeli tiket konsert Boney M boleh mendapatkannya dengan melayari laman web www.frontrow.asia dan platform tiket Swiftic di https://swiftic.my/event/23/boney-m-50th-anniversary-concert.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.276100 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list