CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68295|Reply: 0

[Pulau Pinang] Operasi menyelamat penuh debar di jambatan kedua Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 14-12-2024 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Operasi menyelamat penuh debar di jambatan kedua Pulau Pinang

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





ANGGOTA bomba menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam paip saliran air di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. FOTO Ihsan JBPM.





Bayan Lepas: Operasi penyelamatan anak kucing yang terperangkap dalam paip saliran air di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini, semalam menarik perhatian ramai selepas tular di media sosial.

Sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru melakukan tugas khas itu selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.01 petang.

Komander Operasi BBP Bayan Baru, Azman Radzi berkata, pihaknya turut dibantu polis bantuan Syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), selepas mendapati anak kucing itu terperangkap dalam paip di jambatan yang menghala ke arah Batu Maung.

"Kerja penyelamatan dijalankan dengan menurunkan anggota menggunakan kaedah rappelling pada sisi tepi pembahagi jambatan.

"Anggota diturunkan kira-kira 20 meter ke kedudukan anak kucing itu, sebelum paip jenis PVC dipotong untuk membawanya keluar," katanya ketika dihubungi
hari ini.

Menurutnya tiada akses yang selamat dan cepat dalam operasi penyelamatan itu kerana faktor kedudukan dan ketinggian lokasi.

Katanya, dalam tempoh 44 minit, anak kucing terbabit berjaya dikeluarkan dengan selamat dan operasi tamat pada 5.01 petang.



Disiarkan pada: Disember 14, 2024 @ 5:06pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1166140/operasi-menyelamat-penuh-debar-di-jambatan-kedua-pulau-pinang




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.049433 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list