CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56501|Reply: 0

[Kedah] Rumah transit Pati diserbu, 25 termasuk warga tempatan ditahan

[Copy link]
Post time 14-12-2024 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Rumah transit Pati diserbu, 25 termasuk warga tempatan ditahan

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




SEBAHAGIAN Pati warga Myanmar yang ditahan di rumah transit di Kampung Sireh, Mukim Tekai Kiri, Naka. FOTO Zuliaty Zulkiffli.





Padang Terap: Seorang lelaki menjadikan rumahnya di Kampung Sireh, Mukim Tekai Kiri, Naka di sini, sebagai transit pendatang asing tanpa izin (Pati) dengan bayaran antara RM100 ke RM200.

Dia yang berusia 62 tahun turut menyediakan makan dan minum kepada kumpulan itu yang didakwa dibayar secara berasingan, sepanjang terbabit dengan sindiket penyeludupan warga asing.

Kediaman itu yang dibina dua tahun lalu diserbu Jabatan Imigresen (JIM) Kedah, hari ini yang membolehkan 22 Pati warga Myanmar berusia 15 hingga 40 tahun ditahan bersama tiga lelaki tempatan usia 19 hingga 62 tahun, termasuk pemilik rumah berkenaan.

Dalam serbuan 8.30 pagi itu, semua 15 Pati lelaki dan tujuh wanita dipercayai baru menceroboh masuk ke negara ini berdasarkan beg dibawa mereka, selain pakaian yang kotor.

Dalam kumpulan Pati itu, terdapat seorang wanita hamil tiga bulan bersama suaminya, dipercayai pertama kali memasuki Malaysia.

Difahamkan, setiap Pati ditanda dengan tali yang diikat pada tangan, dipercayai untuk memudahkan sindiket mengenal pasti mereka sebelum diserahkan kepada tekong atau ejen yang akan menguruskan mereka.

Setiap Pati itu juga membayar RM6,500 untuk masuk ke negara ini dengan ejen atau tekong tempatan menerima RM1,000 seorang bagi menghantar mereka ke destinasi mengikut permintaan.

Ketika ditanya, pemilik rumah mengaku menerima bayaran daripada ejen untuk khidmat transit yang disediakan, manakala seorang tekong darat mendakwa sudah tiga kali membawa Pati dengan bayaran RM300 untuk lima orang.

Dakwanya, ada kereta yang disewa hanya untuk tujuan itu, manakala sebuah lagi kereta menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa Pati ke Pulau Pinang.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Kedah (Pengurusan) Siti Zaharah Zakaria berkata, operasi disertai dua pegawai dan 11 anggota Unit Risikan dan Operasi JIM Kedah.

Katanya, modus operasi sindiket itu adalah dengan menerima tawaran Pati terbabit melalui ejen negara jiran dan menggunakan kenderaan sewa sebagai transporter.

Menurutnya, tekong darat dipercayai menjadikan rumah yang diserbu sebagai transit kira-kira 12 jam sebelum Pati dihantar ke Sungai Petani dan Pulau Pinang.

"Kesemua Pati warga Myanmar itu direman selama 14 hari dan akan ditempatkan di Depot Imigresen Belantik di Sik, manakala tiga suspek tempatan pula akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk direman.

"Siasatan dibuka mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk Pati dan Seksyen 26F, Seksyen 26H dan Seksyen 26J akta sama terhadap tiga warga tempatan," katanya.



Disiarkan pada: Disember 14, 2024 @ 1:27pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1166063/rumah-transit-pati-diserbu-25-termasuk-warga-tempatan-ditahan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.035265 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list