CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54635|Reply: 0

[Pulau Pinang] KKM rancang bentang RUU 'Good Samaritan Law' lindungi penyelamat nyawa

[Copy link]
Post time 14-12-2024 02:50 PM | Show all posts |Read mode
KKM rancang bentang RUU 'Good Samaritan Law' lindungi penyelamat nyawa

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Disember 14, 2024 @ 2:38pm [email protected]





Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - Foto Bernama




GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan kecemasan seperti resusitasi kardiopulmonari (CPR) dalam situasi jantung terhenti mengejut atau sudden cardiac arrest (SCA).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata akta itu juga bertujuan menyediakan perlindungan undang-undang kepada mereka yang bertindak menghulurkan bantuan atas dasar kepercayaan baik dalam usaha menyelamatkan nyawa orang awam.

Katanya, setakat ini akta berkaitan perkara itu belum diperkenalkan di negara ini dan Malaysia dilihat agak ke belakang berbanding negara lain seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK) yang mempunyai peruntukan undang-undang berkaitan akta itu.

"Akta 'Good Samaritan Law' ini penting untuk kita gubal dalam tempoh Parlimen ke-15 ini dengan matlamat menjadikannya setaraf dengan amalan di negara-negara lain. Saya tidak dapat memberi jaminan bila, tetapi saya mahu ia dilaksanakan secepat mungkin.

"Kita ada tempoh tiga tahun lagi untuk memastikan 'Good Samaritan Law' ini menjadi kenyataan," katanya selepas merasmikan program 1st Malaysia Community First Responder Conference di sebuah hotel di Persiaran Gurney hari ini.

Yang turut hadir, EXCO Kesihatan, Belia dan Sukan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang, Datuk Dr Fazilah Shaik Allaudin dan Pakar Perunding Kanan Perubatan Kecemasan dan Ketua Perkhidmatan Kecemasan Kebangsaan, Dr Fatahul Laham Mohamed.

Akta 'Good Samaritan' ialah perlindungan undang-undang yang menggalakkan individu untuk membantu orang lain dalam situasi kecemasan tanpa rasa takut mengenai tindakan undang-undang sekiranya disaman kerana menyebabkan kecederaan yang tidak disengajakan semasa memberi bantuan.

Penyokong akta itu berhujah undang-undang sedemikian akan mewujudkan budaya lebih proaktif dalam menangani situasi kecemasan menerusi cara memberi perlindungan undang-undang kepada orang awam yang berniat baik. Akta itu akan menggalakkan lebih ramai individu tampil membantu dalam situasi kritikal seperti melakukan CPR dan menggunakan peralatan seperti defibrilator luaran automatik (AED).

Dr Dzulkefly berkata, beliau juga akan membawa hasil daripada persidangan 1st Malaysia Community First Responder Conference yang berkaitan dengan akta berkonsep 'Good Samaritan' itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet minggu hadapan.

Beliau optimis akta 'Good Samaritan' dapat direalisasikan di negara ini dan KKM akan merujuk kepada amalan terbaik dari negara lain sebagai penanda aras dalam menggubal RUU akta itu.

"Walaupun undang-undang ini belum lagi digubal, kita melihat betapa pentingnya perlindungan undang-undang bagi mereka yang memberi bantuan kecemasan seperti CPR dan setiap orang, mempunyai potensi menjadi penyelamat nyawa.

"Ini adalah langkah penting untuk melindungi mereka yang bertindak atas dasar niat baik, dan kita harus pastikan mereka dilatih dengan baik untuk memberikan bantuan yang berkualiti," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1336892/kkm-rancang-bentang-ruu-good-samaritan-law-lindungi-penyelamat-nyawa












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.128013 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list