CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70126|Reply: 0

[Perlis] Kutipan saman trafik polis Padang Besar catat lebih RM172,000

[Copy link]
Post time 14-12-2024 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-12-2024 12:57 AM

Kutipan saman trafik polis Padang Besar catat lebih RM172,000

13 Disember 2024 07:29pm




Anggota polis trafik melakukan pemeriksaan pada Operasi Saman Tertunggak Warga Asing 2024 di pintu masuk dan keluar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar hari ini. - Foto: Bernama




PADANG BESAR - Polis Daerah Padang Besar merekodkan kutipan saman trafik berjumlah RM172,920 termasuk saman yang dikenakan terhadap warga asing bagi tempoh Januari hingga kini melibatkan pelbagai kesalahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Sarih Salleh berkata, antara kesalahan trafik utama hingga tindakan saman itu ialah tiada lesen memandu dan cukai jalan, insurans tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar serta membawa lebih muatan.


“Jumlah kutipan saman membabitkan warga asing sebanyak RM36,790,” katanya pada sidang akhbar selepas Operasi Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) yang berlangsung di sekitar pintu masuk dan keluar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar di sini hari ini.

Sarih berkata, jumlah saman yang masih tertunggak bagi tempoh itu sebanyak 3,426 saman manakala saman tertunggak warga asing pula ialah 308 saman.


"PDRM (Polis Diraja Malaysia) menyeru semua pengguna jalan raya termasuk warga asing untuk mematuhi undang-undang jalan raya dan segera menyelesaikan saman tertunggak bagi mengelakkan tindakan undang-undang lebih serius pada masa depan," katanya.

Mengenai OSTWA itu, beliau berkata, ia berlangsung tiga hari bermula Rabu lepas yang melibatkan kekuatan pegawai dan anggota polis seramai 30 orang manakala 693 kenderaan warga asing diperiksa sepanjang tempoh operasi berkenaan.


“OSTWA ini berjaya mengesan 121 kenderaan dan sejumlah 144 saman pelbagai kesalahan trafik bagi tindakan penyelesaian telah diambil terhadap warga asing berkenaan. Jumlah kutipan kompaun yang berjaya dikumpul selama tiga hari operasi ini berjumlah RM19,480,” katanya. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/702103/berita/semasa/kutipan-saman-trafik-polis-padang-besar-catat-lebih-rm172000


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.172640 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list