CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43339|Reply: 4

Mas Ermieyati terkejut peletakan jawatan Samsuri - "Sudah pasti saya terkejut. Tapi yang lain saya tidak pasti"

[Copy link]
Post time 12-12-2024 03:14 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengakui terkejut dengan peletakan jawatan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Bendahari Agung gabungan itu.


Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, beliau tidak mengetahui sebab peletakan jawatan Ahmad Samsuri.


"Sudah pasti saya terkejut. Tapi yang lain saya tidak pasti. Saya tak tahu (Ahmad Samsuri letak jawatan) sebab saya baru saja dilantik pada Isnin. Jadi saya tidak ada apa-apa maklumat.


"Yang itu kena tanya pada (Pengerusi PN) Tan Sri (Muhyiddin Yassin). Saya memang tidak ada maklumat kerana lagi pun saya baru dilantik dan kali pertama datang mesyuarat pada malam tersebut.


"Malam itu memang Yang Amat Berhormat (Ahmad Samsuri) memang tak ada, tak hadir pada malam itu," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, hari ini.


Ahmad Samsuri sebelum ini dilapor memilih untuk mengunci mulut berhubung tindakannya meletak jawatan secara mengejut sebagai Bendahari Agung PN.


Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Paip Agihan Air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng dilapor hanya memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu pada masa yang sesuai


Dalam pada itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal turut menyatakan beliau tidak mengetahui punca Ahmad Samsuri meletakkan jawatan.


"Keputusan yang dibuat oleh Dr (Ahmad) Samsuri bagi saya ulas panjang pun susah sebab saya tahu tahu punca kenapa beliau letak jawatan. Itu hanya beliau dengan Pengerusi PN (Muhyiddin).


"Saya harap, doakan serta mungkin merayu kepada rakan-rakan dalam Pas supaya bersabar dan janganlah (kerana) marahkan nyamuk, kelambu dibakar," katanya.


Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb PN dah takde duit,dah tak boleh sakau Janawibawa mcm dulu.Tu je sebabnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
time terkejut tu kaka tgh buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
pas nak comolot dgn bossku. bersatu dah jadi parti untuk kelangsungan politik jimin. baik diorg blah dan intai peluang kerjasama dgn umbo
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Akaun dah beku… belah jer lah. Tunggu apa lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.556495 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list