CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41763|Reply: 0

[Kedah] Pelajar Palestin maut di mata peluru Israel dikurnia ijazah anumerta Universiti Antarabangsa Albukhary

[Copy link]
Post time 12-12-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar Palestin maut di mata peluru Israel dikurnia ijazah anumerta Universiti Antarabangsa Albukhary

Oleh Adie Zulkifli - Disember 12, 2024 @ 12:20pm[email protected]





Allahyarham Sulaiman JS Abuanza, 23, pelajar Ijazah Sarjana Sains Komputer, meninggal dunia di Palestin, Oktober tahun lalu.




ALOR STAR: Buat pertama kali dalam sejarah penubuhannya, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) menganugerahkan ijazah anumerta kepada seorang pelajarnya yang maut akibat serangan tentera Israel.

Allahyarham Sulaiman JS Abuanza, 23, pelajar Ijazah Sarjana Sains Komputer, meninggal dunia di Palestin, Oktober tahun lalu.

Ijazah disampaikan oleh Pro Canselor AIU, Sonny Bill Williams, kepada rakan baik Allahyarham yang juga warga Palestin, Adnan Madi, 21.

Sulaiman yang juga anak ketiga daripada enam beradik, terbunuh selepas terkena tujuh butir peluru ketika serangan hendap tentera Israel.

Sebutir peluru menembusi tangan kiri mangsa sebelum terkena jantungnya.

Tragedi itu berlaku ketika Sulaiman yang juga pelajar tahun kedua, pulang bercuti ke Gaza dan merancang melakukan pembedahan lasik di Mesir.

Ibunya, Abeer Ahmad, 45, menerusi rakaman video menzahirkan penghargaan kepada pengasas AIU, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, atas penghormatan itu

"Bagi pihak rakyat Palestin, saya amat berterima kasih atas peluang yang diberi kepada anak saya," katanya.

Naib Canselor dan Presiden AIU, Profesor Datuk Mohd Saleh Jaafar, berkata Sulaiman akan dikenang sebagai pelajar yang berdedikasi dan komited.

"Sulaiman adalah seorang daripada pelajar terbaik kami dan akan dikenang atas potensi luar biasa yang ditunjukkannya," katanya ketika berucap pada majlis konvokesyen itu.

AIU dalam satu kenyataan berkata, dedikasi dan minat mendalam Sulaiman terhadap pembelajaran menjadi teladan kepada semua.

"Komitmen tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan turut dicerminkan dalam pencapaian akademiknya.

"Beliau berada dalam Senarai Dekan setiap semester.

"Antara sumbangan pentingnya ialah penciptaan Peta Penerima Manfaat Baling, sebuah projek yang berperanan besar dalam menyokong misi Yayasan Albukhary," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Adnan berkata, kakak Sulaiman, Shaimma, 20, sepatutnya hadir ke majlis konvokesyen untuk menerima ijazah bagi pihak keluarganya tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana sempadan Palestin masih ditutup.

"Saya berbesar hati menerima ijazah ini bagi pihak keluarganya. Semoga Sulaiman sentiasa dikenang sebagai cahaya harapan untuk keamanan sejati di Palestin," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1335972/pelajar-palestin-maut-di-mata-peluru-israel-dikurnia-ijazah-anumerta






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.084012 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list