CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13186|Reply: 0

[Kedah] Teroka hutan magis di Lubuk Semilang

[Copy link]
Post time 10-12-2024 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 10-12-2024 10:11 AM

Teroka hutan magis di Lubuk Semilang

NURUL HIDAYAH HAMID
10 Disember 2024 09:45am





Dream Forest Langkawi hanya dibuka waktu malam.




LANGKAWI - Jika berkunjung ke pulau legenda, pengunjung tidak boleh melepaskan peluang menikmati keindahan lampu berwarna warni di Dream Forest Langkawi, Lubuk Semilang.

Lebih istimewa, hutan magis ala perkampungan suku Na’vi dalam filem Avatar terletak di kaki Gunung Raya yang dibangunkan Enfiniti (M) Sdn Bhd itu hanya dibuka pada waktu malam sahaja.


Ibarat masuk ke alam fantasi, pengunjung akan meneroka keindahan alam semula jadi dengan teknologi pencahayaan mesra alam melalui sebuah buku gergasi sebelum melalui tempat-tempat menarik seperti Tree Village dan Legenda Tasik Dayang Bunting.

Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awamnya, Ann Nurbaya Hassan berkata, Dream Forest Langkawi diilhamkan serta dibangunkan penggiat seni kreatif tersohor, Puan Sri Tiara Jacquelina.


Menurutnya, Dream Forest Langkawi merupakan taman tema pertama di Malaysia dibuka pada waktu malam berlandskapkan hutan prasejarah berusia ratusan juta tahun.


Tree Village antara tarikan menarik dalam Dream Forest Langkawi.




“Pengunjung boleh menjelajah laluan sepanjang 1.2 kilometer dalam hutan terbabit dengan setiap tempat strategik bergambar dan mempunyai penceritaan tersendiri melalui Where Legends Come To Life.


“Kita menghidupkan karakter legenda dari Langkawi seperti Tasik Dayang Bunting, Merong Mahawangsa dan Gergasi Langkawi,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, taman tema itu menawarkan pengalaman menakjubkan dengan keajaiban teknologi pelbagai deria, unjuran peta, pencahayaan canggih dan skop bunyi memukau kepada pengunjung.

“Sepanjang setahun beroperasi, kami sentiasa membuat penambahan tarikan untuk memberikan yang terbaik kepada pengunjung,” jelasnya.

Beliau menambah, harga tiket masuk adalah RM68 untuk dewasa manakala RM48 untuk kanak-kanak dan warga emas pula dikenakan RM28.


“Bagaimanapun, kami sentiasa mengadakan promosi untuk tarik kehadiran pengunjung dan merasai pengalaman unik tentang legenda di Dream Forest Langkawi.


“Kami mahu mendidik generasi kini tentang legenda Langkawi menggunakan keajaiban teknologi untuk menarik minat mereka,” ujarnya.

]
Peta menunjukkan tarikan dalam Dream Forest Langkawi.




Menurut Ann Nurbaya lagi, harga istimewa juga diberikan kepada penduduk Langkawi iaitu sebanyak RM38 dewasa, RM28 kanak-kanak dan RM28 warga emas.

Sementara itu, Pengurus Besar Dream Forest Langkawi, Razak Nayan berkata, taman tema yang dibuka pada waktu malam itu menjadi tarikan pelancongan terkini di pulau tersebut.

CAHAYA LAMPU MEMUKAU


Menurut Razak, pihaknya menerima banyak maklum balas positif daripada pengunjung termasuk dari luar negara dengan rata-rata terpesona dengan suasana berjalan dalam Dream Forest Langkawi dikelilingi cahaya lampu yang memukau.

Katanya, sehingga kini seramai 120,000 pelancong telah berkunjung ke taman tema berkenaan sejak ia dibuka pada Mei 2023.

]
Setiap tempat sesuai untuk dirakamkan gambar kenangan dalam Dream Forest Langkawi.



“Kami menjangkakan kehadiran pengunjung mencecah seramai 200,000 orang pada akhir tahun ini.

“Malah kami turut menyasarkan peningkatan kehadiran pengunjung sebanyak dua kali ganda pada tahun depan dengan penganjuran Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK2025),” tambahnya.

Sehubungan itu menurut Razak, Dream Forest Langkawi merancang memberi pelbagai promosi termasuklah tawaran diskaun tiket kepada pengunjung.

Taman tema itu dibuka bermula jam 7 malam hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Rabu.


https://www.sinarharian.com.my/article/701403/berita/nasional/teroka-hutan-magis-di-lubuk-semilang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061309 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list