View: 46946|Reply: 0
|
[Tempatan]
Mat Saleh Puji Pemandu Malaysia Lebih Berhemah Daripada Negara Lain,Cuma kena berwaspada kepada beberapa perkara monyet, anjing, biawak dan motosikal
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini seorang mat saleh di laman Threads, berkongsi pengalamannya bercuti di negara ini.
Menurut pendapat peribadinya, bercuti di Malaysia lebih baik berbanding negara-negara lain yang pernah dia pergi.
“Kami menyewa kereta di Malaysia dan saya akan mengesyorkannya kepada sesiapa yang ingin mempunyai sedikit kebebasan dan meneroka tempat yang mungkin anda akan terokai, ” ujar Mark
Antara sebabnya kadar kereta sewa yang murah, permukaan jalan raya yang baik, harga minyak jauh lebih rendah berbanding daripada standard UK.
Menurutnya hampir semua benda di Malaysia sangat murah untuk dirinya, lebih-lebih lagi untuk harga makanan dan petrol.
Pada masa sama, Mark mengagumi dengan para pemandu Malaysia yang jauh lebih berhemah berbanding beberapa negara yang dia pernah lawati sebelum ini.
Mat saleh itu juga akui rata-rata pemandu UK kurang bersabar dan kebanyakkan suka melakukan buli jalanan terhadap pengguna jalan raya lain.
“Saya telah memandu di banyak negara dan Malaysia sangat mudah. Manhattan lebih teruk, dan saya tidak akan pernah memandu sendiri di banyak negara. India, Vietnam, Mesir, bandar Itali,” kata Mark.
Dalam pada itu, Mark meminta orang ramai yang akan bercuti ke Malaysia untuk berwaspada kepada beberapa perkara; monyet, anjing, biawak dan motosikal
Ramai orang Malaysia berasa terharu dan gembira apabila mendengar pujian daripada Mark — kerana berasakan amat jarang Malaysia kena puji.
Sumber
Threads @mark_dearlove |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|