CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12329|Reply: 0

[Sarawak] Suri rumah rugi RM130,000, mangsa penipuan kerja sambilan tidak wujud

[Copy link]
Post time 6-12-2024 03:10 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang suri rumah di sini kerugian RM130,000 setelah menjadi mangsa kes penipuan kerja sambilan tidak wujud diiklankan di laman sosial.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata (gambar) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis dibuat oleh mangsa berhubung kes itu.

Katanya, mangsa berusia lingkungan 50-an mendakwa pada awal November lalu semasa berada di rumah, beliau melayari laman sosial Tiktok dan tertarik dengan satu iklan kerja sambilan.

"Mangsa bertindak menghubungi seorang individu tidak dikenali (suspek) berperanan sebagai ejen melalui aplikasi TikTok dan seterusnya mangsa telah dimasukkan ke dalam 'Group Telegram'.

"Suspek kemudian memberitahu mangsa menerima komisen di aplikasi digital miliknya dan turut memberi tugasan lain kepada suri rumah itu untuk mempromosikan produk sebuah syarikat jenama pakaian," katanya.

Menurut Mancha, mangsa terpedaya telah melakukan beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam akaun diberikan oleh suspek yang semuanya berjumlah lebih kurang RM130,000.

"Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila beliau masih diminta oleh suspek untuk membuat pembayaran lain sekiranya ingin mengeluarkan komisen keuntungan yang dinyatakan," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai jangan terlalu percaya dengan kerja sambilan ditawarkan di laman sosial dan membuat penelitian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tugasan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.044721 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list