CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29695|Reply: 18

[Tempatan] Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total.anda setuju?

[Copy link]
Post time 18-11-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total.



Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang terutamanya dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).

Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.

“Alat vape ini adalah alat yang merosakkan kesihatan. Saya akan menyuarakan kepada kerajaan supaya vape perlu diharamkan secara total.

“Tidak perlu diberi pertimbangan sewajarnya, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) 2024 di sebuah hotel di Kuantan pada Isnin.

Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sebelum itu, baginda berkenan bercemar duli mengurniakan anugerah kepada 52 pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang memperoleh keputusan cemerlang semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Dalam majlis terbabit, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan anugerah kecemerlangan kepada dua pelajar MTNP iaitu Akif Ibrahim, 18, dan Nur Amelia Diyana Azman, 18, yang memperoleh keputusan 11A dalam SPM tahun lalu.

Al- Sultan Abdullah bertitah, berdasarkan rekod AADK, Pahang merupakan negeri kelima teratas di seluruh negara dengan 11,750 penagih.

Titah baginda, daripada jumlah itu, sebanyak 57 peratus daripadanya adalah penagih muda yang berusia 15 hingga 30 tahun.

“Ini peluang saya untuk membuat kenyataan tentang kebimbangan saya terhadap pasal isu dadah khususnya di sekolah -sekolah di negeri Pahang, sudah sampai masanya ibu bapa di negeri ini tidak kira sama ada anak mereka terlibat nak minta mereka bantu.

“Ini satu angka yang membimbangkan, kalau ini kita tidak beri perhatian mungkin angka ini akan bertambah,” titah baginda.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 07:52 PM | Show all posts
semua ketua milik tanah negeri dan semua agensi kena dok semeja jayakan tembok My-Thai tu.... tak boleh lepaskan ke satu dua agensi atau negeri aja, nanti bajet kena sakau, hasil tak ada...

semua sedia tau situ jalan mudah dadah cross masuk sini kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kali pertama iols dgq vaping asal usul ketagihan dadah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak haramkan vape, haramkan rokok sekali. Berani? Rimas asap & bau rokok/vape.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 08:41 AM | Show all posts
bagus, buat betul2 jgn sembang je
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 08:49 AM | Show all posts
aku setuju jer.... yg lain aku nak, pejalan kaki yg pakai earphone/headset didenda...diaorg ni membahayakan org lain terutama yg menonong lintas jalan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2024 08:04 PM | Show all posts
Mmg elok pun diharamkan.. bebudak sekolah ni selamba je hisap vape lalu lalang… apalah nk jadi
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 19-11-2024 02:13 AM
Kali pertama iols dgq vaping asal usul ketagihan dadah..

Sbb ada flavor mushroom tu
Dadah berbahaya, budak2 sekolah ada amik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2024 09:35 PM | Show all posts
melinda_kerr replied at 19-11-2024 08:49 AM
aku setuju jer.... yg lain aku nak, pejalan kaki yg pakai earphone/headset didenda...diaorg ni memba ...

ah ye betul ni... yang headphone gedabak tu senang kita alert terus hon panjang aja...
yang jenis earpod tu lagi payah... budak motor pun sama perangai, dah kena sapu pun tak sedar salah sendiri...


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartakan je haram.

Termasuk rokok tembakau asap jin syaitan tu. Haramkan serupa babi. Takyah makruh2 etc.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Manjahati replied at 19-11-2024 12:04 PM
Mmg elok pun diharamkan.. bebudak sekolah ni selamba je hisap vape lalu lalang… apalah nk jadi

Budak sekolah ai Form 5 vaping kat blakang kelas masa cikgu ngaja di depan. Dasar keturunan sial terkutuk. Macam tak guna ajar agama. Tak makan babi pun perangai ahklak teruk namampus. Pehtu dari awal sampai ujung tahun jenuh weol rampas rokok ngan vape termasuk dari pelajar betina.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 19-11-2024 09:37 PM
Wartakan je haram.

Termasuk rokok tembakau asap jin syaitan tu. Haramkan serupa babi. Takyah makru ...

Katanya ada je pewartaan pengharaman rokok (7 Dis 1995) dan vape (19 Jan 2016) oleh MAIS. Negeri lain ada jugak kot. Tapi alasan sebilangan perokok untuk terus merokok, dia kata kalau rokok tu haram, tak perlu nak fatwakan. Kalau kena fatwakan maksudnya tak semestinya haram la. Misalnya, babi tak perlu fatwa pun memang sah haram. Jadi aku cadangkan rokok kat Malaysia ni celup babi dulu sebelum bungkus.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Vape je ke??? Rokok camne lak?
Bukan ke dadah ni dtg dalam pelbagai bentuk kenapa vape jer yg kena diharamkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangi paru-paru anda.

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 08:22 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 19-11-2024 09:39 PM
Budak sekolah ai Form 5 vaping kat blakang kelas masa cikgu ngaja di depan. Dasar keturunan sial t ...

Tulah..dah x ada sorok2..terang2an gitu mengevape..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 19-11-2024 08:10 PM
Sbb ada flavor mushroom tu
Dadah berbahaya, budak2 sekolah ada amik

Vape ada nikotin ka? Ketagih sbb komponen tu kott
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 10:44 AM | Show all posts
setuju sesaaangaaattt.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:09 PM | Show all posts
Setuju sangat
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:17 PM | Show all posts
apa pasal rokok tanak haramkan skali? cukai tembakau tggi ke dari vape tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.064413 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list