CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66344|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sekolah terjejas banjir perlu laksana PdPR- KPM

[Copy link]
Post time 16-11-2024 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Sekolah terjejas banjir perlu laksana PdPR- KPM

Nur Izzati Mohamad[email protected]




Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek ditemui media pada Majlis Perasmian Penutupan Program MyLesen (B2) Parlimen Nibong Tebal di Dewan Utama Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian. FOTO DANIAL SAAD




Nibong Tebal: Kementerian Pendidikan (KPM) meminta mana-mana sekolah di bawah kelolaannya yang terjejas banjir atau dijadikan pusat penempatan sementara (PPS) susulan Monsun Timur Laut (MTL) perlu melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, beliau yakin semua guru sudah terlatih dengan situasi yang berkait rapat dengan bencana alam khususnya dalam menangani isu banjir di sekolah.

Menurutnya, KPM sangat mengutamakan soal keselamatan murid di sekolah dan memastikan semua dapat belajar dalam persekitaran kondusif.

"Pertama kita akan pastikan sekolah selamat, kondusif untuk meneruskan pendidikan anak-anak ini.

"Kalau sekolah itu tidak dapat meneruskan pendidikan seperti biasa kerana proses ataupun tempoh masa banjir itu masih lagi lama, PdPR akan dilaksanakan.

"Semua guru sudah terlatih untuk membuat sebarang intervensi, khususnya terkait rapat dengan situasi banjir," katanya ketika diminta mengulas berhubung persediaan KPM dalam menghadapi MTL.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal merasmikan Penutupan Program My Lesen (B2) Tahun 2024 Parlimen Nibong Tebal di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Transkrian, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli.

Seramai 656 peserta terdiri daripada pelajar, suri rumah dan nelayan memohon lesen percuma memandu B2 secara percuma.

Mengulas lanjut Fadhlina berkata, KPM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) Panduan Pengurusan Bencana Banjir Institusi Pendidikan yang merangkumi tindakan sebelum, semasa dan selepas banjir.

Justeru katanya, semua pihak termasuk sekolah perlu bersedia apabila institusi pendidikan mereka dijadikan PPS.

"Dalam pada itu, KPM juga menyediakan dua pasukan iaitu Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) bagi membantu murid dan pelajar untuk membantu murid dari aspek kaunseling dan pembelajaran," katanya.



Disiarkan pada: November 16, 2024 @ 1:53pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1155695/sekolah-terjejas-banjir-perlu-laksana-pdpr-kpm




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.044444 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list