View: 51225|Reply: 4
|
[Tempatan]
PAS: Jelaskan rasional jual tanah RM73.4 juta kepada syarikat China
[Copy link]
|
|
PAS: Jelaskan rasional jual tanah RM73.4 juta kepada syarikat China
https://m.malaysiakini.com/news/726036
NS Ramli
Diterbitkan: Nov 15, 2024 12:03 PM
Dikemaskini: 12:03 PM
PAS mahu kerajaan negeri Pahang dan Pasdec Holdings Bhd (Pasdec) menjelaskan kepada rakyat berhubung jualan tanah di Harbour Park, dekat Gebeng, kelmarin kepada sebuah syarikat dari China.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, ini kerana butiran lengkap berkaitan transaksi berkenaan tidak didedahkan untuk diteliti dan rasional di sebalik keputusan menjual tanah seluas 23.96 hektar itu.
"Saya minta kepada kerajaan negeri atau pihak Pasdec Holdings membuat pencerahan sedikit butiran transaksi itu, terutama sekali dari sudut pemilikan.
"Adakah penjualan itu memberikan hak milik kekal kepada syarikat dari China atau hak milik sementara... sekiranya sementara, kena beritahu kepada rakyat sebab rakyat tertanya-tanya kerana penjualan tanah ini isu sensitif (tambahan) kepada syarikat luar.
"Kalau hak milik sementara, berapa lama jangka waktu hak milik sementara itu," katanya dalam satu kenyataan kepada media di Kuantan, hari ini.
Andansura yang juga Adun Beserah turut meminta penjelasan mengenai pelaburan yang akan dibuat oleh syarikat dari China yang membeli tanah berkenaan.
Katanya, syarikat terbabit dikatakan akan melabur kira-kira RM3 bilion bagi membina kompleks bersepadu loji penapisan minyak dan petrokimia.
"Sekiranya syarikat itu tidak jadi membina kilang atau tidak jadi membangunkan tanah tersebut dalam tempoh beberapa tahun, adakah tanah itu masih lagi menjadi hak milik syarikat terbabit?
Andansura yang juga Adun Beserah turut meminta penjelasan mengenai pelaburan yang akan dibuat oleh syarikat dari China yang membeli tanah berkenaan.
Katanya, syarikat terbabit dikatakan akan melabur kira-kira RM3 bilion bagi membina kompleks bersepadu loji penapisan minyak dan petrokimia.
"Sekiranya syarikat itu tidak jadi membina kilang atau tidak jadi membangunkan tanah tersebut dalam tempoh beberapa tahun, adakah tanah itu masih lagi menjadi hak milik syarikat terbabit?
Majlis itu dihadiri Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.
Dalam perkembangan lain, Andansura turut menyuarakan kerisauan terhadap nasib tanah yang masih dimiliki Pasdec susulan penjualan tanah di Gebeng itu.
Katanya, sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Pahang, Pasdec perlu memainkan peranan dalam menjaga tanah diberikan kepada mereka.
"Saya pernah bangkitkan isu berkaitan Pasdec di DUN Pahang antara tahun 2017 atau 2018 selepas pegangan saham dalam Pasdec yang sebelum ini dimiliki Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dijual kepada syarikat swasta.
"Banyak tanah masih dimiliki Pasdec dan saya bimbang jika ada lagi usaha untuk menjual tanah itu kepada orang luar," katanya lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
betul la 'lagu tu':
'Tanah dipijak milik orang'
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 15-11-2024 06:04 PM
Pahang baru nak buat ka..lebai Pas kelantan lagi advance dah bertahun bagi tanah beribu ekar kat komunis China tanam musang king pastu melalak melayu isle terancam..Halal bagiku,Haram bagimu
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Manakala, melayu negeri² lain dinafikan hak milikan tanah (Kelantan) walhal sesama melayu tu.
Pastu terjerit² kat negeri orang DAP DAP DAP. |
|
|
|
|
|
|
|
wauuu...islei x terancam ke?
halal bagiku, haram bagi mu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|