CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16762|Reply: 1

[Pulau Pinang] Dua beranak maut ditikam: 'Saya reda kehilangan 'dua nyawa' saya serentak'

[Copy link]
Post time 8-11-2024 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-11-2024 03:12 PM

Dua beranak maut ditikam: 'Saya reda kehilangan 'dua nyawa' saya serentak'

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
08 November 2024 01:22pm




Khalida (dua dari kiri) ditenangkan ahli keluarganya sewaktu keluar daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada Jumaat.




GEORGE TOWN - "Saya reda kehilangan 'dua nyawa' saya serentak, " kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Khalida susulan suami dan anaknya maut ditikam dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam di sini pada Khamis.

Walaupun kematian suami dan anaknya itu sungguh menyayat hati dan menyedihkan, namun dia reda dan menganggap sudah ketentuan takdir.



]
Seorang wanita dan bapanya maut selepas ditikam seorang lelaki di hadapan lif di sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Ayer Itam pada petang Khamis.




"Kita tak tahu kematian kita macam mana, kematian mereka (anak dan suami) dah tahu dah macam mana," katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Wanita itu dilihat keluar dari di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini sambil diiringi beberapa orang ahli keluarga pada jam 12.49 tengah hari lalu menaiki sebuah kereta dipercayai mahu pulang ke rumahnya.

]
Khalida (kiri) keluar dari Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk pulang ke rumahnya.




Kesemua ahli keluarga kelihatan sugul susulan kejadian yang menimpa dua beranak tersebut.

Dalam kejadian pada petang Khamis, seorang wanita dan bapanya maut selepas ditikam seorang lelaki di hadapan lifdi sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Bandar Baru Farlim di Ayer Itam pada jam 12.54 tengah hari.




Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa wanita berusia 30 tahun manakala bapanya berusia 62 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.

Suspek lelaki yang menikam dua beranak hingga maut itu direman selama tujuh hari.

https://www.sinarharian.com.my/article/695441/berita/semasa/dua-beranak-maut-ditikam-saya-reda-kehilangan-dua-nyawa-saya-serentak


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2024 03:42 PM | Show all posts
ingat ka india, malay kaa.. ish naya betul

gila ka apa saspek tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.049550 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list