CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32405|Reply: 0

[Kedah] 7 polis positif dadah di pusat hiburan mengaku tidak bersalah

[Copy link]
Post time 7-11-2024 05:37 PM | Show all posts |Read mode
7 polis positif dadah di pusat hiburan mengaku tidak bersalah

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - November 7, 2024 @ 1:15pm [email protected]







SUNGAI PETANI: Tujuh anggota polis Kedah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan pada bulan lalu.

Kesemua tertuduh berumur antara 28 hingga 55 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret M Kalaiarasi dan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mereka adalah Koperal Mohammad Muizzuddin Mohamad Taib, 29; Lans Koperal Wan Muneer Abdullah, 36; Mohd Fazly Long, 45; Sarjan Mohd Khairi Zakaria, 55; Koperal Muhammad Azri Zakariya, 35; Lans Koperal G Selva Kumar, 36; dan Lans Koperal TS Sarvindran, 28.

Tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan dan IPD Pendang didakwa memasukkan ke dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA) secara tanpa kebenaran.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat hiburan di Aman Square di sini, antara jam 4.20 hingga 7.23 pagi 2 Oktober lalu.

Selain itu, turut dituduh ialah seorang anggota polis, Francis Nawan Johny, 35, yang didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kuala Muda, pada jam 12.25 tengah malam tarikh sama.

Berikutan itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dan denda tidak lebih RM5,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Preeyaa dan Nur Hazwani Md Noor, manakala tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Majistret kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis terdekat mengikut tarikh ditetapkan.

Mahkamah juga menetapkan tarikh 3 hingga 12 Disember depan untuk sebutan semula kes dan proses serahan dokumen.

Kesemua tertuduh yang hadir ke mahkamah secara berasingan, membayar ikat jamin dikenakan ke atas mereka di kaunter Kompleks Mahkamah Sungai Petani.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan seramai 12 pegawai dan anggota polis Kedah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sungai Petani, bulan lalu.

Berikutan itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh diarahkan menggantung tugas semua pegawai dan anggota terbabit mengikut Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Serbuan itu dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIP) Bukit Aman susulan maklumat yang diterima.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1320877/7-polis-positif-dadah-di-pusat-hiburan-mengaku-tidak-bersalah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.103257 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list