CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36335|Reply: 5

[Tempatan] Kontroversi pesta Guan Gong berjangkit ke Johor

[Copy link]
Post time 28-10-2024 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Kontroversi pesta Guan Gong berjangkit ke Johor

https://m.malaysiakini.com/news/724244

Diterbitkan:  Oct 28, 2024 6:46 PM
Dikemaskini: 7:04 PM



Kontroversi melibatkan pesta Guan Gong kini ‘berjangkit’ ke Johor.

Perkara itu menyebabkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh Kerk Chee Yee, yang menghadirinya di Johor Bahru, tampil membuat penjelasan.

Kerk yang juga timbalan speaker Melaka berkata bukan hanya bendera China, tetapi pelbagai negara seperti Vietnam dan Thailand dikibarkan dalam pesta kebudayaan antarabangsa itu.

“Ia boleh dinampak dalam post dan reels saya.



Kerk Chee Yee

“Mungkin ada bendera negara lain tapi saya tak perasan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming turut dikaitkan dengan kontroversi sama melibatkan acara di Teluk Intan, Perak.

Dia mengarahkan pegawainya membuat laporan polis terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria kerana mendakwanya merasmikan festival kebudayaan itu.

Malaysiakini melaporkan Razman menggesa polis menyiasat menteri dan exco negeri berhubung perarakan itu selepas sebuah klip video memaparkan beberapa individu mengibarkan bendera China dalam acara berkenaan.

Penganjur, Persatuan Kebudayaan Guan Gong, memohon maaf dan menjelaskan bahawa individu yang mengibarkan bendera itu adalah warga China.

‘Bendera lain pun ada’

Sementara itu, menulis di media sosial, Kerk menegaskan bendera Malaysia juga dikibarkan dalam acara di Johor Bahru.

Dia juga mempersoal apa masalahnya kalau delegasi negara lain yang dijemput mengibarkan bendera mereka.

“Dan kenapa bendera Vietnam dan Thailand (sepertimana yang terkandung dalam post saya) tak jadi isu kepada mereka yang bangkitkan perkara ini?” soalnya.

Katanya, dia dimaklumkan oleh penganjur bahawa sesi perarakan itu turut melibatkan delegasi dari Filipina, Hong Kong, Macau, Singapura dan Indonesia.

Terdahulu, aktivis pembangkang Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin menempelak Kerk kerana hadir acara yang didakwa mengibarkan “bendera Komunis China”.

Bagaimanapun, semakan mendapati bendera itu sebenarnya bendera negara China, bukan bendera Parti Komunis China.

Festival Guan Gong diadakan untuk meraikan pahlawan purba China Guan Gong atau Guan Yu.

Watak itu begitu popular dalam budaya pop sehingga diadaptasi dalam pelbagai bidang, antaranya fiksyen sejarah, filem dan permainan video.



Pelakon Hong Kong Donnie Yen juga pernah membawa watak Guan Yu di dalam filem The Lost Bladesman pada 2011.

Patung Guan Yu juga diletakkan di banyak kuil Taoist dan menjadi simbol spiritual masyarakat Cina yang dihormati dalam kepercayaan Buddha dan Konfusianisme.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 08:57 AM | Show all posts
ai cuma pelik sbb sebelum ni tak pernah pn wat mende2 camni...

atau motif ada udang sebalik batu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:42 AM | Show all posts
liyamariska replied at 29-10-2024 08:57 AM
ai cuma pelik sbb sebelum ni tak pernah pn wat mende2 camni...

atau motif ada udang sebalik batu... ...

Kalau kibar bendera memang tak pernah tau. Tapi kalau sambutan 9 emperor ni, kat kg aku K.Pilah tahun 90an memang dah ada.Dorang berarak pakai kostum zaman dulu2, takde nampak pulak bendera China.  




Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:57 AM | Show all posts
BeskotCekelat replied at 29-10-2024 09:42 AM
Kalau kibar bendera memang tak pernah tau. Tapi kalau sambutan 9 emperor ni, kat kg aku K.Pilah ta ...

yg tu level kampong kot.kali ni event 'international' ada kontijen luar negara join sekali..so tak pelik pun kalo ada dok kibar flag negara masing2
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 10:50 AM | Show all posts
pesta ni memamng kena kibar bendera pelbagai negara ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah nk risau sgt pasal pesta guan gong ni....ni yg patut korg risau

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/07/980405/lebih-12-juta-warga-china-tidak-keluar-dari-malaysia

Ape tindakan yg krjn amik berkenaan berita ni...china2 prc ni dh kuar blm dr msia...ke dorg bebas ke sana sini dlm negara ni sambil bwk ic....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 1.014952 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list