View: 28273|Reply: 10
|
[Politik]
Perkasa terima permohonan maaf Najib
[Copy link]
|
|
Sinar Harian
QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
24 Oktober 2024 09:06pm
SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menerima permohonan maaf bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Presidennya, Syed Hassan Syed Ali berkata, pertubuhan itu percaya kes terbabit berpunca daripada kelemahan dan kecuaian Najib kerana mudah diperdayakan pihak tertentu.
Menurutnya, negara ini menjadi huru-hara disebabkan skandal tersebut dan banyak pihak terlibat kerana dipengaruhi ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
“Sekiranya dari awal beliau (Najib) mengaku kelemahan, kesilapan, kecuaian dan segera meletakkan jawatan selepas kes itu terdedah, pastinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak tertubuh.
“Barisan Nasional (BN) juga akan kekal berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Nasi sudah menjadi bubur. Apa pun kesediaan Najib memohon maaf secara terbuka mengaku kesilapan dan kecuaian atas skandal 1MDB, Perkasa pasti ia memberi kelegaan banyak pihak,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia menerusi kenyataan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar di sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.
Ia berhubung salah laku yang berlaku dalam 1MDB terutama ketika di bawah pengawasannya selaku Menteri Kewangan sebelum ini.
Tambah Syed Hassan, Perkasa menasihatkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu supaya tidak perlu membuang masa untuk turun dan naik mahkamah.
Ujar beliau, Najib sebaiknya mengaku bersalah untuk semua pendakwaan dan menanti hukuman dijatuhkan supaya ia boleh dijalankan serentak.
“Dengan itu, (Najib) bolehlah fokus pengampunan mutlak daripada Yang di-Pertuan Agong dan mohon mendapat sokongan daripada Sultan Pahang sendiri untuk menjalani penahan di rumah sehingga tempoh ditetapkan.
“Jika semua kes telah selesai segera dan dijatuhkan hukuman, Perkasa akan menjadi pihak di hadapan sekali merayu pengampunan untuk Najib bagi menjalankan hukuman tahanan di rumah,” katanya.
Menurut Syed Hassan, Perkasa meminta masyarakat untuk menerima permohonan maaf bekas Perdana Menteri itu atas kesilapan dan kecuaiannya dalam skandal berkenaan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
zaman era penyangak tersohor ni lah org report pasal 1MDB kena siasat....mula2 tak kenal jho low lepas kantoi kenal pulak!
meiuat aku termasuk la bini yg cam nenek kebayan tu
angkuh, takbur berlagak gila.... 
|
|
|
|
|
|
|
|
manop replied at 25-10-2024 09:37 AM
zaman era penyangak tersohor ni lah org report pasal 1MDB kena siasat....mula2 tak kenal jho low lep ...
Bila masa pulak najib kata tak kenal jho low
Bertahun tahun bangkem dengar pembohongan ini diulang ulang |
|
|
|
|
|
|
|
hemboi² mcm tu je expect pengampunan...dia tak sedar brapa byk damage sbb perbuatan rompak dia...tak mengaku salah pulak tu
Give back the moneyyyyy
berangan jibby ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya mintak maaf duit tu kira halal ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Eh,banyak cantikk muka kau...absolutely NOO!! |
|
|
|
|
|
|
|
sedangkan nabi ampunkan ummat  |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah nak putar lah.....
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai 3 kali edit delete komen
tak jumpa lettew ayat najib tak kenal jho low
takpe bangkem paham
level ko ni level ambik info dari meme je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|