CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10617|Reply: 0

[Pulau Pinang] Monsun Timur Laut: Bekalan makanan di Pulau Pinang mencukupi

[Copy link]
Post time 17-10-2024 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-10-2024 02:06 PM

Monsun Timur Laut: Bekalan makanan di Pulau Pinang mencukupi

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

17 Oktober 2024 01:31pm




Fahmi (dua dari kiri) memegang replika cek Geran Mutiara Madani Koperasi Pulau Pinang yang diserahkan kepada Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Pulau Pinang, Zainab A Raman (dua dari kanan) di Komtar pada Khamis.




GEORGE TOWN - Bekalan makanan di Pulau Pinang mencukupi sepanjang tempoh berlakunya Monsun Timur Laut di negeri ini.

Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, kesemua sumber iaitu makanan laut, pertanian dan penternakan setakat ini mencukupi untuk kegunaan rakyat di negeri ini.



"Jika diikutkan, tempoh Monsun Timur Laut di Pulau Pinang dijangka berlaku empat hari sahaja, iaitu 18 hingga 21 Oktober ini. Oleh itu, saya rasa, tiada masalah untuk bekalan makanan sepanjang tempoh tersebut.

"Bagaimanapun, kesemua agensi serta jabatan terlibat berada dalam keadaan bersiap sedia untuk memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh monsun," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar pada Khamis.


Sebelum itu, Fahmi mengumumkan mengenai Geran Mutiara Madani Koperasi Negeri Pulau Pinang dan program Jelajah Tani 2024 yang bakal diadakan di Pulau Pinang.

Tambah beliau, sebanyak 90 peratus penternak haiwan di negeri ini berada di kawasan yang tidak berlaku banjir.


"Kebanyakan penternak tidak tinggal di kawasan yang dikenal pasti akan berlaku banjir. Jadi dari segi bekalan haiwan ternakan, ia tidak mempunyai masalah.

"Cuma, penternak dinasihatkan supaya sentiasa memastikan makanan haiwan mencukupi sekiranya berlaku bencana alam sepanjang tempoh Monsun Timur Laut ini," jelasnya.


Untuk bekalan padi pula, Fahmi berkata, setakat ini, padi di Pulau Pinang sudah dituai.

"Padi di Pulau Pinang sudah dituai dan ia tidak akan terjejas jika berlaku banjir. Bekalan beras pun tiada masalah kerana ketika ini, kita banyak mengimport beras dari luar negara berbanding beras tempatan.


Sementara itu, untuk bekalan ikan pula, Jabatan Perikanan Pulau Pinang telah menasihatkan nelayan dan penternak ikan sangkar untuk mengambil langkah awal serta berhati-hati sepanjang musim monsun," katanya.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut akan berlaku pada awal bulan depan berdasarkan faktor klimatologinya.


Malaysia masih berada dalam fasa peralihan monsun bermula sejak 24 September lalu dan dijangka berterusan sehingga awal bulan depan dan fenomena banjir yang melanda beberapa negeri mungkin disebabkan perkara itu.

https://www.sinarharian.com.my/article/691502/edisi/utara/monsun-timur-laut-bekalan-makanan-di-pulau-pinang-mencukupi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.038535 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list