CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9915|Reply: 0

[Kedah] 'Kami sabar tinggal di PPS, rumah masih dipenuhi air dan selut...'

[Copy link]
Post time 16-10-2024 10:47 AM | Show all posts |Read mode
'Kami sabar tinggal di PPS, rumah masih dipenuhi air dan selut...'

Oleh Safuri Kamarudin - Oktober 16, 2024 @ 10:35am [email protected]




Penduduk yang terjejas banjir tetap bersabar tinggal di PPS selepas kediaman mereka dinaiki air. NSTP/SAFURI KAMARUDIN





BALING: "Kami tiada pilihan dan terpaksa sabar tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) ini walaupun hati mahu pulang segera ke rumah. Apakan daya, rumah masih dipenuhi air dan berselut, malah cuaca masih tidak menentu dengan hujan lebat setiap petang," kata Zainab Ahmad.

Zainab, 64, dari Kampung Tanjung Merbau berkata, dia dan suami, Abd Mutalif Che Him, 64, sudah lima hari tinggal di PPS Kompleks Rakan Muda, Batu 42, dekat sini, selepas rumahnya dinaiki air susulan hujan lebat berpanjangan.

Beliau berkata, sebelum ini dia hanya bermalam dua hari di PPS, tetapi kali ini agak lama selepas air Sungai Ketil melimpah dan memasuki rumahnya.

"Saya sempat pulang pada waktu tengah hari untuk mencuci rumah, tetapi sukar dibuat kerana air banjir bersama selut memenuhi segenap rumah.

"Ini kerana hujan setiap petang sehingga malam menyebabkan air Sungai Ketil melimpah ke rumah kami dan setakat ini belum surut lagi," katanya.

Zainab berkata, tekanan air daripada Syarikat Air Darul Aman (SADA) juga rendah sehingga menyukarkan kerja pembersihan dilakukan.

Bagi Ayob Yahya, 63, dari Kampung Charok Sikinberkata, dia pulang ke rumah pada waktu siang dan mencuci setakat yang terdaya kerana rumah dipenuhi selut dan sukar membersihkannya.

Beliau berkata, rumahnya kini berbau selut dan setakat ini, terpaksa bermalam di PPS bersama keluarganya demi keselamatan.

"Saya bersama isteri dan tiga anak sudah tiga malam tinggal di PPS kerana bimbang air masuk ke rumah waktu malam," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Mohd Faizol Ab Aziz, berkata setakat jam 8 pagi ini seramai 518 mangsa daripada 181 keluarga masih berada di PPS yang disediakan.

Beliau berkata, hanya empat PPS masih dibuka membabitkan PPS Dewan Tun Abdul Razak (lama), Dewan Tun Abdul Razak (baharu), Kompleks Rakan Muda Batu 42 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Ketil.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1311494/kami-sabar-tinggal-di-pps-rumah-masih-dipenuhi-air-dan-selut





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.045882 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list