CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30588|Reply: 1

[Kedah] TUDM sedia bantu sekiranya banjir besar ketika peralihan monsun

[Copy link]
Post time 13-10-2024 06:47 PM | Show all posts |Read mode
TUDM sedia bantu sekiranya banjir besar ketika peralihan monsun

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




MOHD Asghar Khan hadir pada Penyampai Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan 85/23 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter 65/23 Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) di Kolej Tentera Udara. FOTO Wan Nabil Nasir





Alor Setar: "Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersedia untuk membantu sekiranya berlaku banjir besar ketika tempoh peralihan monsun," kata Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Asghar Khan Goriman Khan.

Kata beliau, semua lokasi di kawasan tinggi dan tempat pendaratan helikopter sudah dikenal pasti di seluruh kawasan berisiko banjir di seluruh negara.

"Sekarang, ia tidak kritikal, jadi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menguruskannya.

"Tetapi jika diperlukan, kami sudah bersedia," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan 2024 kepada 29 pelatih juruterbang di Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Asghar Khan turut mengingatkan anggota serta pegawai TUDM supaya terus mengekalkan tahap profesionalisme selain mengelak daripada terjebak dengan salah laku.

"Anggota tentera perlu mengelakkan salah laku seperti penyalahgunaan dadah, rasuah, perjudian dan buli, atau sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej ketenteraan

"Angkatan tentera memerlukan anggota yang boleh mengikut arahan dengan tepat bagi memastikan keselamatan mereka sendiri terjaga semasa operasi penerbangan dan dalam melaksanakan tugas," katanya.

"Kita melatih pegawai, juruterbang dan anggota TUDM lain malah kita turut mengendalikan sistem pesawat bernilai berbilion ringgit, dan kosnya sangat tinggi malah di dunia hari ini, segalanya bergantung pada teknologi canggih dan terkini.

"Jadi, kita tidak mampu untuk mempunyai anggota yang gagal mencapai standard. Kita mesti mematuhi peraturan, mengekalkan disiplin dan mengikuti semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan," katanya lagi.



Disiarkan pada: Oktober 13, 2024 @ 3:13pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1143930/tudm-sedia-bantu-sekiranya-banjir-besar-ketika-peralihan-monsun




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2024 07:16 PM | Show all posts

Mohd Asghar Khan memakaikan sayap penerbangan helikopter kepada Left Faizatul Hana Muhammad Rosli di Kolej Tentera Udara hari ini. NSTP/ WAN NABIL NASIR.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.182611 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list