CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30743|Reply: 0

[Kedah] 3 mangsa banjir berpaut dahan pokok untuk selamatkan diri

[Copy link]
Post time 13-10-2024 06:27 PM | Show all posts |Read mode
3 mangsa banjir berpaut dahan pokok untuk selamatkan diri

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 13, 2024 @ 12:33pm [email protected]




Jaafar Mat Hashim, 61, menunjukkan kawasan rumahnya di Kampung Haji Abas, Baling yang masih ditenggelami banjir pagi tadi. - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman





BALING: Tiga beranak di Kampung Haji Abas, di sini berdepan detik cemas apabila dihanyutkan arus deras di kawasan rumah mereka, pagi tadi.

Menceritakan kejadian, Jaafar Mat Hashim, 61, berkata dalam kejadian jam 3 pagi, dia bersama ibunya, Aishah Abas, 88, dan anaknya, Mohd Hanafi Jaafar, 28, cuba keluar dari rumah ke tempat selamat selepas air memasuki rumah melebihi paras satu meter.

"Apabila saya lihat air melimpah hampir mengenai meter elektrik, saya mengambil keputusan keluar rumah kerana bimbang arus elektrik yang mengalir dan mungkin membahayakan keselamatan kami.

"Dengan pantas, saya menggendong ibu di belakang dan kami bertiga meredah banjir sedalam paras dada (lebih satu meter) dalam keadaan gelap kerana lampu jalan sudah terpadam," katanya yang juga pesara kerajaan.

Menurut Jaafar, ketika mula meredah arus deras, anaknya secara tiba-tiba mahu berpatah balik kerana bimbang dihanyutkan air.

Bagaimanapun katanya, mereka tidak mampu berbuat demikian kerana arus sangat kuat.

"Dalam keadaan cemas dan air melepasi kepala (hampir dua meter), saya bernasib baik kerana sempat capai dahan pokok manggis, kemudian dengan sepenuh tenaga saya menolak ibu naik ke dahan pokok.

"Anak pula dapat mencapai dahan pokok kuinin dan terus naik ke atas, ketika itu kedua-dua pokok ini hanya lebih kurang tiga meter sahaja dari tebing sungai dan di hadapan kami ada anak sungai yang arusnya juga deras dan dalam," katanya.

Jaafar berkata mereka terperangkap di atas pokok yang jaraknya dari rumah lebih kurang 50 meter itu hampir sejam sebelum orang kampung dan anggota bomba datang menyelamat.

Nasib mereka baik apabila telefon bimbit anaknya masih berfungsi meskipun telah ditenggelami air untuk menghubungi bomba.



Keadaan Sungai Anak Bukit yang melimpah dan melepasi paras bahaya ketika tinjauan pada 9 Oktober. - Foto fail NSTP/Wan Nabil Nasir

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Sofi Abdul Wahab berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 3.57 pagi tadi memaklumkan kejadian berkenaan.

"Kami menerima panggilan kecemasan menyatakan berlaku banjir kilat dan terdapat tiga mangsa yang berpaut pada pokok untuk menyelamatkan diri.

"Pasukan penyelamat terpaksa mengharungi air yang agak deras menggunakan sistem tali dengan kelengkapan pakaian perlindungan keselamatan (PPE) untuk menyelamatkan mangsa, ..semua mangsa diselamatkan dan operasi tamat pada pukul 8.10 pagi tadi," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa yang diselamatkan kemudiannya dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1310168/3-mangsa-banjir-berpaut-dahan-pokok-untuk-selamatkan-diri





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.991768 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list