CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60606|Reply: 0

[Perlis] Karnival Sukan Warga Emas bantu tingkat kesihatan golongan tua

[Copy link]
Post time 12-10-2024 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Karnival Sukan Warga Emas bantu tingkat kesihatan golongan tua

Oleh Aizat Sharif - Oktober 12, 2024 @ 11:43am [email protected]




Fadillah (tengah) bersama Mohd Shukri (lima kanan) bergambar selepas merasmikan HSN 2024 peringkat Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra hari ini. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR





KANGAR: Kerajaan akan memberi perhatian khusus untuk meningkatkan tahap kesihatan golongan warga emas melalui penganjuran Karnival Sukan Warga Emas selepas ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata langkah itu bertujuan menjadikan golongan warga emas aktif dan sihat menjelang 2030.

Beliau berkata, ia perlu dimulakan dari sekarang kerana Malaysia bakal menjadi negara tua menjelang 2030 dengan warga emas menjadi kumpulan terbesar berbanding golongan lain.

"Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan, populasi penduduk negara ini berusia 60 tahun sudah mencecah 3.8 juta atau 11.3 peratus pada tahun lalu dan dijangka meningkat kepada 15.3 peratus menjelang 2030, seterusnya 20 peratus pada 2040.

"Jadi, usaha meningkatkan tahap kesihatan mereka perlu dimulakan dari sekarang, supaya menjelang 2030, negara memiliki golongan warga emas yang aktif dan sihat.

"Susulan itu, menerusi Hari Sukan Negara (HSN) 2024, kerajaan akan memberi perhatian khusus kepada golongan warga emas melalui penganjuran Karnival Sukan Warga Emas," katanya selepas Majlis Perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Peringkat Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perlis, Musa Salim dan EXCO Kerajaan Perlis.

Hampir 7,000 peserta dari seluruh Perlis termasuk penuntut universiti dan pelajar sekolah menyertai HSN.

Fadillah berkata, kerajaan amat memahami golongan warga emas juga sebahagian kumpulan penting dalam masyarakat yang mempunyai hak saksama menikmati dan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan serta rekreasi.

"Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit bagi kesihatan rakyat dan seperti kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati, maka bersukan serta gaya hidup sihat termasuk pemakanan menjadi perkara penting, saya berharap rakyat Malaysia menitikberatkan hal ini dalam kehidupan seharian.

"Ia amat penting kerana negara yang mempunyai rakyat sihat adalah negara yang produktif dan akan mengurangkan bil kesihatan yang semakin meningkat saban tahun.

"Kita berharap program HSN yang dilaksanakan setiap tahun ini dapat menyemarakkan budaya kecergasan dalam kalangan semua lapisan masyarakat," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1309861/karnival-sukan-warga-emas-bantu-tingkat-kesihatan-golongan-tua





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.045565 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list