CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29129|Reply: 0

[Kedah] Banjir: Satu PPS dibuka di Pendang

[Copy link]
Post time 7-10-2024 01:14 AM | Show all posts |Read mode
Banjir: Satu PPS dibuka di Pendang


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







ANGGOTA APM Kubang Pasu membantu memasang khemah untuk mangsa banjir yang dipindahkan di PPS SMK Changlun. FOTO Ihsan APM.





Alor Setar: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini menjadikan dua PPS aktif di Kedah yang menempatkan jumlah keseluruhan mangsa banjir adalah 229 mangsa daripada 69 keluarga setakat jam 8 malam ini.

PPS baharu itu dibuka di daerah Pendang yang menempatkan seramai 48 mangsa daripada 11 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Kompleks Sukan Tanah Merah yang dibuka jam 6 petang hari ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun juga meningkat seramai 181 mangsa daripada 58 keluarga.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat berbanding 162 mangsa daripada 63 keluarga pada jam 6 petang hari ini.

"Setakat ini dua PPS itu aktif dan menempatkan seramai 75 lelaki dewasa, 71 wanita dewasa, 80 kanak-kanak, tiga bayi dan 27 warga emas dan tiga orang kurang upaya (OKU).

"PPS di Pendang menempatkan penduduk dari lima kampung iaitu Kampung Sungai Mati, Kampung Banggol Besi, Kampung Belakang Pondok Tanah Merah, Kampung Belakang Pendang Dan n Kampung Seberang Pendang.

"Sementara di Changlun pula, semua mangsa adalah dari lapan kampung iaitu Kampung Nangmah, Kampung Belakang Sekolah Dato Kemara, Kampung Kubang Kayu, Kampung Paya Lantau, Kampung Paya Nongmi, Kampung Belukar, Kampung Bendang Tok Leh dan Kampung Padang Halban," katanya.

Dalam pada itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, empat sungai di Kedah mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 7 petang hari ini.



Disiarkan pada: Oktober 6, 2024 @ 9:11pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1141615/banjir-satu-pps-dibuka-di-pendang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.040134 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list