CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38261|Reply: 0

[Perlis] Salah guna AI cipta kandungan tipu, masyarakat digesa lebih waspada

[Copy link]
Post time 6-10-2024 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Salah guna AI cipta kandungan tipu, masyarakat digesa lebih waspada

Aizat Sharif[email protected]




FAHMI ketika melawat pameran di Program Kita Madani Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Belia Dan Sukan Perlis. FOTO Wan Nabil Nasir.





Kangar: Penipuan menggunakan penyebaran video dan imej 'deepfake' tokoh tertentu yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), dikesan berleluasa di negara ini.

Untuk itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa masyarakat agar berwaspada dengan taktik penipuan seumpama itu yang jelas menyalahgunakan teknologi terkini.

"Kita sudah lihat penyalahgunaan teknologi AI 'deepfake' ini apabila wujudnya video yang menggunakan imej tokoh seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta pelbagai individu terkenal termasuk penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin untuk memperdaya orang ramai.

"Jadi, apa pun kita mesti sahkan dahulu akaun (media sosial) tokoh ini sama ada rasmi atau sekadar akaun palsu yang cuba menyamar menjadi tokoh atau pemimpin berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kita Madani Peringkat Negeri Perlis di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, di sini hari ini.

Turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Indera Kayangan, Gan Ay Ling dan wakil Jabatan Penerangan negeri.

Katanya, penyebaran maklumat salah atau tidak benar dalam talian berkemungkinan dilakukan oleh individu yang mempunyai agenda tertentu berniat jahat.

Menurutnya, tidak mustahil juga video menunjukkan pemimpin berkenaan disunting demi mengambil kesempatan menanamkan kecurigaan terhadap masyarakat.

Fahmi berkata, perkembangan itu memerlukan media arus perdana menggandakan peranan dalam menyalur berita yang sah sebagai cara semak dan imbang terhadap sesuatu informasi.

"Kita (media) mesti selalu menyemak terlebih dahulu kesahihan apa jua maklumat yang dihantar menerusi media sosial dan saya lihat media kini mampu memainkan peranan berkenaan dengan lebih efektif," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 6, 2024 @ 5:56pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1141571/salah-guna-ai-cipta-kandungan-tipu-masyarakat-digesa-lebih-waspada




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.042153 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list