CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42214|Reply: 0

[Kedah] Baru cuci rumah, banjir lagi...

[Copy link]
Post time 6-10-2024 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Baru cuci rumah, banjir lagi...

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





AZIZAH Wahab (kiri) bersama dua anaknya di PPS SMK Changlun selepas rumah mereka dinaiki air akibat banjir kali ketiga. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Changlun: "Baru saja selesai cuci rumah tiga hari lalu, banjir kali ketiga pula berlaku awal pagi tadi menyebabkan kami terpaksa berpindah kali ketiga ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Keadaan ini amat meletihkan kami kerana terpaksa berpindah semula ke PPS," kata Azizah Wahab, 46.

Azizah adalah antara 154 mangsa banjir yang dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun selepas rumahnya di Kampung Nang Mah, di sini, dinaiki air akibat hujan lebat, semalam.

Menurutnya, dia bersama lima anaknya berpindah ke PPS itu sekitar 4 pagi berikutan kawasan rumahnya dinaiki air setinggi hampir satu meter.

"Ini adalah kali ketiga kami sekeluarga berpindah ke PPS walaupun baru pulang ke rumah pada Selasa lalu.

"Boleh dikatakan setiap tahun rumah kami dilanda banjir dan kami berpindah ke PPS seperti tahun sebelum ini, namun kali ini keadaan lebih teruk dan meletihkan.

"Kali pertama kami berpindah ke sini (PPS) pada 19 September lalu selama empat hari diikuti 27 September lalu selama tiga hari dan hari ini, kami kembali sekali lagi akibat banjir dalam tempoh tidak sampai seminggu, " katanya.

Penduduk Kampung Paya Nongmi, Abdul Syukur Md Amin, 55, berkata dia terpaksa berpindah ke PPS buat kali ketiga semalam kerana memikirkan keselamatan ibunya, Jamaliah Bakar, 78.

Namun katanya, dia bersyukur kerana kemudahan di PPS termasuk makanan dan minuman sentiasa mencukupi terutama bagi memenuhi keperluan ibunya.

"Air yang turut membawa selut naik agak deras bermula 9 malam tadi menyebabkan kami terpaksa berpindah ke sini. Alhamdulillah, segala keperluan di sini (PPS) sangat mencukupi buat kami.

"Namun agak perit sebenarnya untuk berdepan keadaan ini kerana rumah saya pun belum sempat cuci sepenuhnya, tiba-tiba dilanda banjir kali ketiga menyebabkan kami sekali lagi perlu ke PPS," katanya.

Sementara itu Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, seramai 154 mangsa daripada 53 keluarga ditempatkan di PPS itu setakat 12 tengah hari ini.

Katanya, kesemua mereka adalah penduduk di lapan kampung iaitu Kampung Belakang Sekolah Dato Kemara, Kampung Kubang Kayu, Kampung Paya Lantau, Kampung Belukar, Kampung Bendang Tok Leh, Kampung Padang Halban selain Kampung Nang mah dan Kampung Paya Nongmi.



Disiarkan pada: Oktober 6, 2024 @ 3:50pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1141518/baru-cuci-rumah-banjir-lagi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.047043 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list