CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56974|Reply: 0

[Pulau Pinang] Video simpan kucing mati dalam peti sejuk kes lama - JPV Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 5-10-2024 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Video simpan kucing mati dalam peti sejuk kes lama - JPV Pulau Pinang


Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





TERDAPAT beberapa bangkai kucing berada dalam plastik secara berasingan disimpan dalam peti sejuk beku. FOTO tular





Georgetown: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengesahkan video penemuan beberapa kucing mati disimpan dalam peti sejuk di Paya Terubong, di sini, adalah kes lama yang ditularkan semula baru-baru ini.

Pengarah JPV Pulau Pinang, Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, pihaknya pernah menerima laporan berhubung penemuan bangkai kucing itu pada 9 Ogos 2024 dan 12 Julai 2022 dan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian haiwan itu sudah dijalankan.

"Persampelan karkas dibuat semasa kedua-dua aduan diterima dan keputusan bedah siasat pada tahun 2022 mendapati kematian kucing disebabkan semula jadi dan tiada unsur penganiayaan.

"Namun, keputusan bedah siasat terkini tidak dapat dilakukan kerana karkas sudah autolisis iaitu tisu badan mula hancur secara semula jadi akibat tindakan enzim dalam tubuh selepas kematian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Saira Banu berkata demikian bagi mengulas satu klip video berdurasi tiga minit 40 saat memaparkan beberapa bangkai kucing berada dalam plastik secara berasingan disimpan dalam peti sejuk beku di sebuah premis.

Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan kembali rakaman video itu kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat terutamanya pencinta haiwan.

Sebelum ini, seorang pemilik akaun TikTok yang memuat naik video itu mendakwa dia menemukan bangkai kucing itu di rumah jirannya di Paya Terubong di sini, ketika mahu memeriksa keadaan dua kanak-kanak yang juga anak angkat jiran berkenaan yang sering mengadu kelaparan selain mendakwa mereka didera.

Beberapa pempengaruh turut berkongsi hantaran seorang wanita yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib kanak-kanak berkenaan ketika melawat mereka di Hospital Pulau Pinang sekitar Ogos lalu dan berhasrat mengambil kanak-kanak itu yang difahamkan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai anak angkat.

Sementara itu, Pengarah JKM Pulau Pinang, Zakaria Taib ketika ditanya mengenai perkembangan isu berkenaan berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu kemudian.

"Nanti saya maklumkan," katanya ringkas ketika dihubungi.



Disiarkan pada: Oktober 5, 2024 @ 3:19pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1141176/video-simpan-kucing-mati-dalam-peti-sejuk-kes-lama-jpv-pulau-pinang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.050151 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list