CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11725|Reply: 0

[Kedah] 2 PPS ditutup di Kedah, mangsa banjir Perak sedikit meningkat

[Copy link]
Post time 1-10-2024 06:47 PM | Show all posts |Read mode
2 PPS ditutup di Kedah, mangsa banjir Perak sedikit meningkat


BERNAMA






GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP




Kuala Lumpur: Keadaan banjir di Kedah beransur pulih dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu ditutup petang ini, manakala di Perak jumlah mangsa banjir sedikit meningkat dengan hujan masih berlaku di beberapa kawasan.

Di Kedah, tiga daerah masih terjejas banjir dan jumlah mangsa setakat 4 petang tadi menurun kepada 1,148 orang daripada 373 keluarga berbanding 1,373 orang daripada 457 keluarga pagi tadi.

Menurut laporan Info Bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pokok Sena masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 466 orang daripada 148 keluarga masih berlindung di PPS Surau Desa KEDA Derang, Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, SK Bukit Hijau Mukim Derang dan Masjid Kampung Baru Jalan Lampam.

Kota Setar pula menyaksikan seramai 419 orang daripada 130 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Titi Gajah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas dan SMK Alor Merah.

Di Baling pula, satu lagi PPS dibuka petang ini menjadikan keseluruhan lima PPS dibuka di daerah itu iaitu di SK Tanjung Pari, SK Siong, SK Malau, SK Seri Bayu dan Dewan Orang Ramai Banggol Derom, menempatkan 263 orang daripada 95 keluarga.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar, telah melepasi paras bahaya.

Di Perak pula, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu sedikit meningkat kepada 16 orang daripada lima keluarga berbanding sembilan mangsa daripada empat keluarga pagi tadi.

Kesemua mangsa dari Kampung Batu 20 dan Kampung Baru, Kuala Dipang serta Kampung Pulau Pisang, Malim Nawar itu masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan dalam daerah Kampar.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan akan berlaku di semua daerah di Perak malam ini kecuali di Bagan Datuk dan Muallim.



Disiarkan pada: Oktober 1, 2024 @ 6:23pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1139768/2-pps-ditutup-di-kedah-mangsa-banjir-perak-sedikit-meningkat





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.535878 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list