CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31391|Reply: 0

[Kedah] Banjir: Operasi SAR Salmah ditangguhkan, sepasang selipar wanita ditemui

[Copy link]
Post time 29-9-2024 12:52 AM | Show all posts |Read mode
Banjir: Operasi SAR Salmah ditangguhkan, sepasang selipar wanita ditemui


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 28, 2024 @ 9:17pm[email protected]







Pasukan SAR melakukan pencarian mangsa yang dihanyutkan arus deras banjir di Kampung Tanjung Kanan, hari ini. - NSTP/WAN NABIL NASIR





PADANG TERAP: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita yang dihanyutkan arus deras banjir bersama anaknya di Kampung Tanjung Kanan, pagi tadi, ditangguhkan pada jam 7 malam ini.

Mangsa, Salmah Mat Zain, 46, masih belum ditemui selepas insiden dilaporkan kira-kira jam 8.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika dua beranak terbabit dalam perjalanan pulang dari membeli nasi lemak dan cuba berpaut pada pokok.

Anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, Muhammad Rosman Rohadi, 19, bagaimanapun ditemui lemas oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah yang menjalankan pencarian pada jarak kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Mayat Muhammad Rosman dijumpai pada jam 5.35 petang, dipercayai tersangkut pada pelepah kelapa sawit di dasar kawasan banjir.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, berkata usaha SAR Salmah masih belum memperoleh sebarang petunjuk walaupun operasi tertumpu di kawasan mangsa dilapor dihanyutkan.

Beliau berkata, operasi akan disambung semula pada pagi esok di lokasi sama.

"Pasukan penyelamat hanya menemui sepasang selipar wanita pada jam 3 petang, selain sebelah selipar lelaki tidak jauh dari lokasi pencarian.

"Di kawasan kejadian, kiri dan kanan jalan ditenggelami air, hari ini. Air di sebelah kanan melalui satu longkang kecil ke bahagian kiri, dan kita akan membuat pemantauan di sini pada malam ini.

"Kita bimbang mangsa akan dihanyutkan ke sebelah kiri. Jasad anak mangsa ditemui di celah pelepah kelapa sawit, justeru ada kemungkinan mangsa juga berada di sekitar situ," katanya ketika ditemui di lokasi pencarian.

Mulkiaman berkata, banjir dijangka surut jika keadaan cuaca semakin baik dan tidak hujan. Namun, keadaan cuaca dilihat mendung semula sekitar jam 7 malam.

Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan bomba akan berada di lokasi kejadian untuk memantau keadaan dan melakukan pencarian di sekitar kawasan itu.

Sementara itu Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim, berkata pihaknya akan menggunakan khidmat Anjing Pengesan (K-9) JBPM bagi membantu operasi SAR mangsa.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1304155/banjir-operasi-sar-salmah-ditangguhkan-sepasang-selipar-wanita






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.996582 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list