CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36395|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wujud lebih banyak 'Streets of Harmony' untuk pupuk perpaduan

[Copy link]
Post time 28-9-2024 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Wujud lebih banyak 'Streets of Harmony' untuk pupuk perpaduan


BERNAMA






Chow Kon Yeow.




Georgetown: Pulau Pinang berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak 'Streets of Harmony' di negeri itu dalam usaha menggalakkan dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata ketika ini terdapat empat 'Streets Of Harmony' di Pulau Mutiara dengan menempatkan rumah ibadat pelbagai agama dalam satu kawasan secara harmoni.

"Empat 'Street Of Harmony' itu ialah di kawasan Masjid Kapitan Keling di Georgetown, Seberang Jaya dan Bukit Mertajam serta yang terbaharu hari ini dirasmikan di kawasan Bayan Baru dan semua tempat berkenaan menempatkan rumah-rumah ibadat secara harmoni.

"Dalam perancangan adalah di Ampang Jajar, Butterworth yang akan diwujudkan, namun ia satu kawasan pembangunan yang baharu dan masih memerlukan masa untuk rumah-rumah ibadat dibina di situ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Streets Of Harmony' Bayan Baru dekat sini hari ini.

Kawasan 'Streets Of Harmony' di Bayan Baru terdapat enam rumah ibadat iaitu Tokong Ular, Surau Al-Ubudiah, Kuil Seri Visvanather Sri Visalatchi, Gereja Charismatic Pulau Pinang, Gurdwara Sahib Bayan Baru dan Tokong Than Hsiang.

Mengulas lanjut, Chow memaklumkan kerajaan negeri sentiasa komited untuk mempromosikan keharmonian di negeri itu dan sebanyak RM1.3 juta telah diperuntukkan kepada Penang Harmony Corporation (HARMONICO) bagi mencapai matlamat berkenaan.

Seterusnya Chow menyatakan ia juga antara usaha kerajaan negeri untuk memupuk nilai harmoni dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Sementara itu, beliau berkata Pulau Pinang juga membangunkan eRIBI iaitu pangkalan data rumah ibadat bukan Islam yang diperkenalkan sejak 2022 dan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk menghubungkan kerajaan negeri dengan komuniti rumah ibadat bukan Islam bagi memastikan sistem pengurusan boleh dilakukan dengan lebih sistematik serta teratur.

Sehingga kini, hampir 1,500 rumah ibadat bukan Islam telah mendaftar di bawah sistem eRIBI dengan kerjasama daripada semua Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di Pulau Pinang.



Disiarkan pada: September 28, 2024 @ 3:01pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1138597/wujud-lebih-banyak-streets-harmony-untuk-pupuk-perpaduan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.175624 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list