CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29200|Reply: 0

[Perlis] Taman Botani Perlis dipenuhi pokok nadir hampir pupus

[Copy link]
Post time 27-9-2024 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Taman Botani Perlis dipenuhi pokok nadir hampir pupus

Oleh Aizat Sharif - September 27, 2024 @ 2:58pm [email protected]







Mohd Shukri (tengah) bersama Pengerusi Kelab Batu Permata Fosil dan Mineral Malaysia, Dr Hisham Hashim (kanan) ketika melawat Hutan Mini Amazon dalam Taman Botanikal Perlis di Jalan Guar Jentik, Padang Besar. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir





PADANG BESAR: Taman Botanikal Perlis mampu menjadi antara pusat penyelidikan saintifik, pemuliharaan dan pendidikan bagi pembangunan botani dan pertanian.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata taman itu bukan sahaja dapat melestarikan alam tetapi mampu memberi manfaat buat penduduk mengenai lebih dekat pokok nadir yang sudah hampir pupus.

"Tanaman ini dijaga bagi mengekalkan manfaatnya dan sebagai satu kajian berterusan bagi generasi akan datang.

"Dalam masa yang sama juga, saya yakin ia mampu menjadi antara tarikan pelancongan di Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026 nanti," katanya berucap semasa merasmikan Taman Botanikal Perlis di Jalan Guar Jentik, Beseri, hari ini.

Katanya, pihaknya dimaklumkan bahawa Kelab Batu Permata Fosil dan Mineral Malaysia adalah antara rakan strategik Perlis Geopark.

Terdahulu, Mohd Shukri meluangkan masa untuk meninjau pelbagai pokok dan bunga di Taman Botanikal Perlis.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/09/1303578/taman-botani-perlis-dipenuhi-pokok-nadir-hampir-pupus





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.555049 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list