CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33243|Reply: 0

[Kedah] Ribut petir, angin kencang di Pantai Barat Semenanjung hingga Khamis

[Copy link]
Post time 27-9-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Ribut petir, angin kencang di Pantai Barat Semenanjung hingga Khamis


Oleh Noorazura Abdul Rahman - September 27, 2024 @ 5:33pm [email protected]







Foto hiasan.





ALOR SETAR: Pantai barat Semenanjung terutama di kawasan pedalaman dijangka mengalami ribut petir dan angin kencang pada sebelah petang Ahad hingga Khamis depan susulan peralihan monsun.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz, berkata ramalan itu berdasarkan pembentukan tekanan tropika di Lautan Pasifik yang dijangka bergerak ke arah barat laut menghampiri Taiwan.

"Jangkaan sistem ini akan meningkat menjadi ribut petir tropika dalam tempoh 24 jam. Ia dijangka mempengaruhi pola angin dan cuaca di negara ini, terutamanya di pantai barat Semenanjung yang dijangka menjadi lebih lembap dalam tempoh 29 September hingga 2 Oktober ini.

"Semasa peralihan monsun, angin lemah dari semua arah akan menggalakkan kejadian ribut petir yang menyebabkan hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada waktu singkat pada petang, terutamanya di pantai barat dan kawasan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dilaporkan berkata, negara kini berada dalam fasa peralihan monsun yang bermula sejak awal minggu ini dan dijangka berterusan sehingga awal November.

Fasa peralihan monsun ini berlaku dua kali setiap tahun, iaitu dari Mac hingga Mei dan September hingga November.

"Fenomena ini sering kali membawa peningkatan kejadian ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang, terutamanya di kawasan barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah, serta barat dan tengah Sarawak," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303675/ribut-petir-angin-kencang-di-pantai-barat-semenanjung-hingga-khamis






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.359402 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list