CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36334|Reply: 8

[Pulau Pinang] 97,000 pengguna di SPS, SPT alami gangguan air 24 jam bulan depan

[Copy link]
Post time 26-9-2024 06:06 PM | Show all posts |Read mode
97,000 pengguna di SPS, SPT alami gangguan air 24 jam bulan depan


Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]







FOTO HIASAN





Georgetown: Kira-kira 97,000 pengguna air di Seberang Perai akan mengalami gangguan air berjadual selama 24 jam berikutan kerja-kerja menyambung paip air baharu kampus Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh dekat sini, pada 4 Oktober depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan, berkata operasi menyambung dan pengoperasian saluran paip baharu bernilai RM2 juta itu dijadual selesai pada jam 10 malam, 5 Oktober.

"Bagi menjalankan kerja pembaikan, PBAPP perlu menutup injap 1.2 meter (diameter) di saluran paip air terawat dan ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 24 jam di sesetengah kawasan di Seberang Perai.

"PBAPP akan menggerakkan lori tangki air, tangki fleksi dan tangki statik di beberapa kawasan strategik yang akan dimaklumkan kelak menerusi siaran media sosial," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pathmanathan berkata, antara lokasi terkesan di Seberang Perai Tengah (SPT) ialah Kuala Juru, Taman Mengkudu, Taman Seri Cendana, Taman Cendana Emas, Taman Cendana Permai, kawasan perindustrian Bukit Minyak, sektor perkilangan berhampiran Institut Teknikal Jepun Malaysia (ITJM) dan Taman Pauh Damai.

Tambahnya, seluruh kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) turut berdepan gangguan bekalan air berikutan operasi itu kecuali Bukit Panchor, Transkrian, Permatang Tok Mahat, Sungai Acheh dan Sungai Bakau.

"Pengguna terkesan dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya untuk tempoh 24 jam sepanjang SWSI dan PBAPP memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku," katanya.

Beliau turut menjelaskan, kerja dilakukan kontraktor pihak ketiga secara tidak sengaja telah merosakkan bahagian saluran paip air utama berdekatan Politeknik Seberang Perai pada Khamis lalu sehingga menjejaskan perkhidmatan bekalan air di Seberang Perai pada ketika ini.

Katanya, PBAPP sudah menjalankan siasatan tapak yang menunjukkan bahagian bocor terletak kira-kira 15 meter di dasar longkang besar menyebabkan tugas menggali lebih dalam untuk membaiki kerosakan menjadi agar sukar, berbahaya dan mengambil masa.

"Justeru, PBAPP mengambil keputusan untuk menggantikan saluran paip bocor dengan saluran paip baharu sepanjang 180 meter dan akan menutup injap untuk mengelakkan banjir serta mengasingkan kawasan kerja.

"PBAPP juga akan menggali kawasan kerja bagi mendedahkan dua saluran paip yang akan dipotong untuk disambungkan dengan saluran paip baharu sebelum injap dibuka semula," katanya.



Disiarkan pada: September 26, 2024 @ 5:17pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1137972/97000-pengguna-di-sps-spt-alami-gangguan-air-24-jam-bulan-depan





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2024 06:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 26-9-2024 06:07 PM
@novelloverzz

Td kolig ddk simpang 4 (sps) bgtau sejak selasa rmh dia ade air berkala. Ade pg kjp dan slps 12 tgh mlm.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2024 09:24 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 26-9-2024 09:10 PM
Td kolig ddk simpang 4 (sps) bgtau sejak selasa rmh dia ade air berkala. Ade pg kjp dan slps 12 tg ...

artikel atas ni xde air 4 oct nov. jumaat minggu depan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 26-9-2024 09:24 PM
artikel atas ni xde air 4 oct nov. jumaat minggu depan.

Alamak jumaat dpn.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
24 jam je kan smpi 5/oct pkl 10pm
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-9-2024 08:53 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 27-9-2024 07:52 AM
24 jam je kan smpi 5/oct pkl 10pm

ya 24 jam. nov kena simpan juga air coz twins ada kan hari jumaat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 27-9-2024 08:53 AM
ya 24 jam. nov kena simpan juga air coz twins ada kan hari jumaat.

Adoi toilet kecik acaner nk simpan air. Hrp air tangki cukup. Ke simpan dlm mesin basuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2024 09:36 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 27-9-2024 09:23 AM
Adoi toilet kecik acaner nk simpan air. Hrp air tangki cukup. Ke simpan dlm mesin basuh.

boleh juga simpan dlm mesin basuh. sb x tau air mula masuk pukul berapa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041205 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list