CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14203|Reply: 0

[Kedah] Lima lelaki gagal seludup 1,200kg daun ketum ke negara jiran

[Copy link]
Post time 26-9-2024 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-9-2024 04:28 PM

Lima lelaki gagal seludup 1,200kg daun ketum ke negara jiran

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

26 September 2024 03:17pm




Kesemua suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya. Foto TENTERA DARAT MALAYSIA




KUALA NERANG - Lima lelaki gagal menyeludup 1,200 kilogram (kg) daun ketum ke negara jiran melalui laluan yang tidak sah selepas ditahan Tentera Darat Malaysia (TDM) di sempadan Malaysia-Thailand pada malam Rabu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pasukan operasi dari Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan itu di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pasukan operasi berjaya mengesan dan menahan lima lelaki yang menaiki tiga kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan melalui laluan di sempadan sebelah Malaysia.

“Hasil pemeriksaan didapati bahawa dua daripada tiga kenderaan tersebut dipenuhi dengan muatan 120 plastik hitam yang mengandungi daun ketum seberat 1,200kg.


“Kesemua daun ketum tersebut cuba dibawa keluar dari negara ini ke Thailand melalui laluan yang tidak sah,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Jelas kenyataan itu, lima lelaki yang ditahan merupakan warganegara Malaysia berumur 19 hingga 45 tahun.


Menurut kenyataan itu, anggaran keseluruhan nilai rampasan daun ketum termasuk tiga kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero, Nissan Navara dan Isuzu D-Max, lapan telefon bimbit pelbagai jenama dan lain-lain barangan peribadi adalah berjumlah RM327,572.13.

“Kesemua barang rampasan dan suspek diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya.



“TDM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan,” kata kenyataan itu.

https://www.sinarharian.com.my/article/687747/berita/semasa/lima-lelaki-gagal-seludup-1200kg-daun-ketum-ke-negara-jiran


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.609012 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list