View: 8359|Reply: 1
|
Harimau Malaya ke final Pestabola Merdeka di sebalik boikot 'Ultras Malaya'
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Beraksi tanpa sorakan kumpulan penyokong tegar Ultras Malaya tidak menghalang skuad kebangsaan untuk melangkah ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 selepas bangkit menundukkan Filipina 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Pada aksi separuh akhir itu yang juga tugasan pertama Pau Marti Vicente sebagai ketua jurulatih pasukan negara, Filipina yang diberi julukan The Azkals terlebih dahulu membuka jaringan menerusi gol sendiri pemain pertahanan negara Muhamad Feroz Baharudin pada minit ke-27.
Bagaimanapun, sentuhan penyudah pemain tengah Mohammad Syamer Kutty Abba dan penalti pemain sayap gantian Muhammad Safawi Rasid masing-masing di lewat babak pertama dan separuh masa kedua berjaya menyelamatkan maruah skuad Harimau Malaya di laman sendiri.
Kejayaan itu membolehkan Malaysia meneruskan misi mendakap kejuaraan Pestabola Merdeka apabila dijadual bertemu Lubnan di pentas final Ahad ini di venue sama.
Terdahulu, Filipina yang dibimbing bekas pemain kebangsaan negara itu Norman Fegidero nyaris membolosi gawang Malaysia di awal permainan yang menyaksikan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed muncul penyelamat.
Ahmad Syihan Hazmi menyelamatkan tendangan pemain Filipina pada perlawanan Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Gambar BERNAMA
Ia berpunca kesilapan pemain pertahanan Matthew Davies yang membenarkan pemain tengah Filipina Dylan Demuynck merampas bola untuk membuat larian pantas ke depan, namun rembatan lemahnya gagal menewaskan Ahmad Syihan dalam situasi satu lawan satu.
Malaysia turut terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol awal selepas pemain pertahanan kiri Daniel Ting yang tidak dikawal dalam kotak penalti gagal menyudahkan hantaran lintang cantik Arif Aiman Mohd Hanapi dari sebelah kanan pada minit kelapan.
Aksi bertukar sedikit ‘panas’ susulan siri terjahan keras dilakukan pemain Filipina sebelum mereka berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-27 berpunca gol sendiri Muhamad Feroz ketika cuba mengeluarkan bola hantaran lintang Jefferson Tabinas dari sebelah kiri.
Ketika permainan hampir menuju waktu rehat, Muhamad Feroz menebus kesilapannya apabila melakukan hantaran yang membolehkan Mohammad Syamer melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-43 untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Bersambung babak kedua, tiada banyak perubahan permainan ditunjukkan kedua-dua pasukan, namun percaturan Vicente membawa masuk Muhammad Safawi ternyata berbaloi selepas beliau meledak penalti pada minit ke-73 selepas Arif Aiman dijatuhkan Matthew Baldisimo.
Kemenangan itu menyaksikan Vicente mengikuti jejak langkah bekas ‘bos’ Kim Pan Gon yang turut melakar kemenangan ke atas Filipina dalam tugasan pertama membimbing Malaysia pada Mac 2022.
Vicente sebelum ini merupakan penolong kepada Pan Gon sejak 2022 dan dilantik ketua jurulatih susulan peletakan jawatan Pan Gon, Julai lepas.
Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka sebanyak 12 kali selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2013. - BERNAMA
https://www.utusanborneo.com.my/ ... oikot-ultras-malaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Many games are based on stories and quests, which foster GeoGuessr imagination and storytelling skills, making them ideal for aspiring writers or creatives! |
|
|
|
|
|
|
| |
|