CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7906|Reply: 0

[Perlis] Perlis wajibkan peniaga pasar malam tutup operasi ketika Maghrib

[Copy link]
Post time 4-9-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Perlis wajibkan peniaga pasar malam tutup operasi ketika Maghrib


Oleh Aizat Sharif - September 4, 2024 @ 3:29pm [email protected]







Foto hiasan/BERNAMA





KANGAR: Berkuat kuasa 15 September ini, peniaga pasar malam beragama Islam di negeri ini diwajibkan menghentikan operasi perniagaan ketika Maghrib.

Operasi dihentikan selama 20 minit termasuk 10 minit sebelum masuk waktu bagi membolehkan peniaga dan pengunjung menunaikan solat dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa.

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil, berkata peraturan itu selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis pada 21 Ogos lalu yang bersetuju melaksanakan program 'Berhenti Dulu Kita Solat'.

Beliau berkata, buat permulaan, anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan akan turun padang bagi memastikan kejayaan program 'Berhenti Dulu Kita Solat' dengan memberi nasihat dan teguran.

"Ini antara inisiatif memperkasakan kempen Hayya Ala-Solah' yang mana melalui program ini, peniaga pasar malam diwajibkan memberhentikan operasi perniagaan ketika Maghrib bagi menghormati waktu solat," katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata solat boleh dilaksanakan di masjid atau surau berdekatan atau di lokasi disediakan pihak penganjur tapak pasar malam selain mana-mana kawasan dirasakan sesuai oleh peniaga.

"Bagi sebahagian kecil peniaga bukan Islam, mereka turut digalakkan menutup perniagaan sepanjang tempoh berkenaan, namun tiada sebarang halangan jika mereka mahu meneruskan aktiviti perniagaan.

"Inisiatif ini juga bertujuan menggalakkan pengunjung pasar malam yang beragama Islam supaya tidak membeli ketika masuknya waktu solat Maghrib selain mendidik rakyat menunaikan solat pada awal waktu dan tidak melengah-lengahkan solat," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1293984/perlis-wajibkan-peniaga-pasar-malam-tutup-operasi-ketika-maghrib






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.060132 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list