CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24918|Reply: 0

[Kedah] Terima kasih rakyat Malaysia kerana bantu Ayyash Mateen

[Copy link]
Post time 3-9-2024 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Terima kasih rakyat Malaysia kerana bantu Ayyash Mateen


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







MOHAMAD Hafiz dan isterinya, Siti Nor Aidah bersama anak mereka, Mohamad Ayyash Mateen yang menghidap enam penyakit kronik sejak lahir. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Alor Setar: "Alhamdulillah syukur. Selepas kisah anak saya disiarkan dalam akhbar ini, ramai yang menghulurkan sumbangan.

"Setakat ini, sumbangan sudah lebih RM3,000 dan saya gunakan untuk beli stok susu formula khas manakala selebihnya saya gunakan untuk kos rawatan serta barangan lain," kata Mohammad Hafiz Azizan, 27.

Menurut Mohamad Hafiz, anaknya, Mohamad Ayyash Mateen Mohamad Hafiz yang berusia tujuh bulan kini dalam keadaan baik dan sihat.

Katanya, dia akan membawa anak bongsunya itu bertemu doktor pakar bulan ini untuk membincangkan mengenai pembedahan anaknya itu.

Menurutnya, walaupun bimbang pembedahan itu mempunyai risiko untuk anaknya namun dia berharap memperoleh keputusan yang terbaik demi menyelamatkan nyawa bayinya itu.

"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyalurkan sumbangan untuk membantu saya menguruskan anak saya ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muka depan Harian Metro hari ini menyiarkan kisah bayi lelaki, Mohamad Ayyash Mateen yang menghidap enam penyakit kronik sejak lahir dan menjadikan hospital sebagai rumah keduanya.

Bayi itu disahkan menghidap penyakit buah pinggang bercantum, buah pinggang bengkak, jantung berlubang, paru-paru kronik, darah beku pada otak dan sindrom 'cri du chat' (berkaitan genetik).

Berikutan itu, bapanya yang bekerja di sebuah kedai pemborong dengan gaji harian RM60 tidak mampu menyediakan wang membeli susu formula khas dan kos rawatan anaknya sepanjang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Ibunya, Siti Nor Aidah Saidon, 25, tidak bekerja dan pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, Mohamad Adam Faiq, 3.

Selain itu, bayi itu perlu memakai alat pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) untuk membantu pernafasannya dan alat itu disewa dengan harga RM400 sebulan.



Disiarkan pada: September 3, 2024 @ 10:31am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1129927/terima-kasih-rakyat-malaysia-kerana-bantu-ayyash-mateen





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.743525 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list