CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28618|Reply: 0

[Pulau Pinang] Taman tema di puncak Komtar

[Copy link]
Post time 3-9-2024 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 3-9-2024 09:01 AM

Taman tema di puncak Komtar

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

03 September 2024 07:45am


Rainbow Skywalk merupakan tempat paling tinggi kerana ia terletak di tingkat 68 iaitu di bumbung bangunan Komtar.












Pusat Kajian Jurassic merupakan tarikan yang terdapat di The Top.



























































































Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan lokasi pelancongan yang menarik, lengkap berserta syurga makanan serta kaya dengan budaya dan sejarah.

Destinasi Sinar kali ini menyorot dua lokasi menarik di Pulau Pinang untuk tatapan pembaca.



Yang pertama ialah The Top, taman tema tertutup yang terletak di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), betul-betul di tengah bandar raya George Town.

]
Lebih 200 replika dinosaur disediakan di Pusat Kajian Jurassic untuk dikunjungi pengunjung.




Taman tema tertutup yang terletak di lokasi strategik dan dikelilingi ikon pelancongan Pulau Pinang itu merupakan antara tarikan utama pelancong untuk mengunjungi negeri ini.


Dibuka secara rasmi pada Disember 2016, The Top menyediakan pelbagai tarikan menarik antaranya ialah rainbow skywalk, menara tinjau, restoran, pusat kajian jurassic, restoran, kubah teknologi Pulau Pinang dan banyak lagi.

]
Menara tinjau membolehkan pengunjung melihat pemandangan bandaraya George Town dari tingkat 65.




]Rainbow skywalk merupakan tempat paling tinggi di The Top yang terletak di tingkat 68 iaitu di atas bumbung bangunan Komtar.






Di situ, pengunjung boleh merasai pengalaman berjalan pada ketinggian 244.6 meter dari aras laut di atas lantai kaca yang membolehkan pengunjung melihat bandar George Town dari aras tertinggi bangunan Komtar.

Observatory deck atau menara tinjau pula terletak di tingkat 65 menampilkan laluan kaca yang membolehkan orang ramai melihat pemandangan di seluruh bandar di kawasan pulau.

]
Fasa pertama dibuka pada Februari lalu manakala Taman Gurney Bay Fasa Kedua dijangka siap pada pertengahan tahun 2025.




Selain itu, The Top juga menyediakan sebuah restoran iaitu Top View Restaurant & Lounge @ 68th yang menawarkan pelbagai sajian menarik.

Pengunjung boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah dari restoran yang terletak di tingkat 68 itu.

Sementara itu, pusat kajian jurassic pula merupakan antara tarikan utama The Top kerana menyediakan lebih 200 replika dinosaur yang menggunakan teknologi animatronik bagi mewujudkan suasana seakan-akan berada di era makhluk berkenaan.

Pengunjung terutamanya kanak-kanak pasti akan menyukainya kerana mereka berpeluang melihat secara dekat, sekali gus mempelajari tentang kewujudan makhluk berusia jutaan tahun itu.

]
Taman Gurney Bay terletak di sepanjang Persiaran Gurney yang berdekatan dengan kawasan laut.




Pusat berkenaan bukan sahaja memberi keterujaan kepada kanak-kanak, malah ia turut memberi pengalaman bermakna buat golongan dewasa.

The Top juga menyediakan Butik Akuarium Pulau Pinang yang mengandungi pelbagai jenis flora dan fauna termasuk hidupan laut yang sesuai dikunjungi oleh pelbagai peringkat usia.

Di situ, pengunjung boleh mempelajari tentang dunia bawah laut dan langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan melindungi kehidupan akuatik.

PEMANDANGAN LAUT

Lokasi kedua yang menjadi tarikan baharu pengunjung ke Pulau pinang ialah Taman Gurney Bay Fasa Pertama yang terletak di Persiaran Gurney.

Lokasi berkenaan baru sahaja dibuka kepada orang ramai pada Februari lalu di atas tanah tebus guna dengan kos bernilai RM221 juta.

Fasa satu taman itu menampilkan dek pemandangan, kawasan riadah, taman permainan, taman papan seluncur, kios, tandas dan tempat letak kereta terbuka yang meliputi kawasan lebih 10.9 hektar.

Salah satu ciri unik taman tersebut adalah laluan pejalan kaki yang mengelilingi taman permainan.

Lokasinya yang menghadap ke arah laut membolehkan pengunjung menikmati pemandangan indah terutamanya pada waktu pagi dan petang.

]
Taman Gurney Bay Fasa Satu kini salah satu tarikan baharu Pulau Pinang untuk dikunjungi.




Lebih menarik, Taman Gurney Bay Fasa Satu turut menyediakan taman permainan yang menyediakan reka bentuk menarik lengkap berserta 1,500 batang pokok dan 10,000 pokok renek.

Fasa kedua Taman Gurney Bay pula dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan.

Taman yang dibina di atas tanah seluas 29,99 hektar termasuk tanah rizab kerajaan negeri itu kini siap 40 peratus.

https://www.sinarharian.com.my/article/683567/berita/taman-tema-di-puncak-komtar


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.159685 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list