CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8462|Reply: 0

[Kedah] Elak kera melintas, dua beranak maut kemalangan

[Copy link]
Post time 1-9-2024 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Elak kera melintas, dua beranak maut kemalangan


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







Kereta yang dinaiki dua beranak yang maut dalam kemalangan ketika cuba mengelak kera melintas di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau- Kuala Ketil, semalam. FOTO IHSAN Pembaca





Baling: Dua beranak meninggal dunia selepas Toyota Vios dinaiki mereka terbabit kemalangan, dipercayai cuba mengelak kera melintas di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau-Kuala Ketil, jam 6.12 petang semalam.

Mangsa, Siti Norhasliza Kamarudin, 26, yang beralamat di F30 Kampung Haji Ngah, Bedong dan ibunya, Omi Kalsom Man, 69, disahkan meninggal dunia di lokasi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling Deputi Superitendan Charan Ai Wan berkata, Toyota Vios itu dipandu suami mangsa, Mohd Fadzil Othman, 27, dan datang dari arah kawasan rekreasi Sungai Sedim, Kulim menghala ke Bedong, Sungai Petani.

Keluarga berkenaan pula dalam perjalanan pulang ke rumah.

Beliau berkata, tiba di lokasi, tiba-tiba seekor kera dipercayai melintas jalan menyebabkan Mohd Fadzil cuba mengelak ke kiri jalan.

"Bagaimanapun, ia hilang kawalan lalu termasuk ke laluan bertentangan dan terbabas ke dalam semak.

"Akibatnya, kedua-dua mangsa tercampak keluar daripada kereta dan mengalami kecederaan parah di kepala serta badan," katanya, hari ini.

Charan berkata, ketika kejadian, Siti Norhasliza duduk di tempat duduk penumpang depan manakala Omi Kalsom berada di belakang.

Beliau berkata, dua anak mangsa iaitu Lufiya Mikayla Mohd Fadzil, 2, dan Lufh Mikhael, 3, serta Mohd Fadzil dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.

"Mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



Disiarkan pada: September 1, 2024 @ 11:47am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1129277/elak-kera-melintas-dua-beranak-maut-kemalangan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.049559 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list