CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11081|Reply: 2

Kenyataan menetap di Kota Makkah perkara itu telah disalah anggap-Zul Ariffin

[Copy link]
Post time 1-9-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
mengenai tawaran lakonan pada usia sekarang, Zul berkata, Sheriff membuka pintu rezeki buatnya apabila lebih banyak tawaran yang masuk selepas filem itu ditayangkan.



Bagaimanapun sedar ruang dan mengikut kesesuaian usia kini, anak kelahiran Taiping, Perak itu lebih selektif dalam menerima tawaran.

“Dulu ketika masih baharu, saya tak ada peluang untuk memilih. Bila sudah lama, sudah ada pengalaman, saya sudah tahu buat pilihan yang lebih tepat.

“Setakat ini, masih ada tawaran berlakon termasuk drama, tetapi kalau drama cinta ke, saya rasa cukuplah. Risau nanti orang naik menyampah.

“Lihatlah muka ini, tak mungkin muka macam ini masih kahwin paksa lagi (berseloroh). Lagipun penggambaran drama lebih padat jadual berbanding filem, jadi biarlah muka baharu yang diberi peluang untuk dikenali,” jelasnya.

Zul berkata, sebagai pelakon berpengalaman, beliau tidak menyimpan rasa cemburu pada bintang baharu dan berpendapat beliau juga pernah melalui zaman sama suatu ketika dahulu.

Bahkan bintang utama Sangkar itu tidak lokek untuk berkongsi cerita dan pengalaman seandainya didekati pelakan baharu.

Saya pernah jadi pelakon baharu dan bagaimana orang lama pernah bantu saya dahulu, begitu jugalah saya sekarang.

“Lagipun pelakon baharu perlu jual muka di kaca televisyen supaya orang kenal mereka lebih cepat. Kemudian barulah cuba nasib di layar yang lebih besar pula,” tuturnya.

Arab Saudi

Sementara itu, ditanya mengenai perancangannya sebelum ini yang mahu menetap di Kota Makkah bagi menguruskan perniagaan, Zul berkata, perkara itu telah disalah anggap.

Jelasnya, memandangkan karier seni yang agak baik buat masa ini, jadi beliau berpendapat lebih elok seandainya hanya berulang-alik sekiranya perlu dan bukan menetap sepenuhnya di Makkah.

Kelakar juga bila ada yang fikir saya buat perniagaan import eksport, walhal saya masih cari peluang perniagaan, tetapi tidak perlulah saya huraikan dengan lebih lanjut.

“Cuma di kala tawaran berlakon masih banyak, saya fikir lebih baik saya berulang sekiranya perlu. Tidak ada apa yang mahu dikejar

“Ada juga tawaran untuk membawa pelancong ke Arab Saudi, cuma buat masa ini saya tidak boleh cerita lanjut,” katanya yang akan menunaikan umrah tidak lama lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kasi lagi pic sensasi beliau
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu sbb kontrolbesi ko acah nk bawa diri ke Makkah al mukaromah...tp skrg, sudah byk job masuk, org dh lupa(biasa la , manusia ni cepat sungguh nyanyuk/dementia)..so, apalagi.. Makkah as tourist visit je la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.039518 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list